SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru umat Islam agar melaksanakan solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya menzahirkan sokongan terhadap kerajaan Malaysia yang akan menerajui bersama-sama Indonesia dan Brunei dalam mengeluarkan satu kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin dalam mempertahankan Masjidil al-Aqsa sebagai tempat suci dan kiblat pertama umat lslam.
"MAIS turut berharap supaya umat Islam di Malaysia, khususnya di Selangor untuk menyokong agenda pembebasan negara Palestin daripada kekejaman dan pencerobohan tentera Zionis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Aziz berkata bermula 2012, pihaknya bersama rakan strategik MAIS iaitu Pertubuhan lslam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah MAIS telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program bantuan serta sumbangan dana kepada umat lslam di dalam dan luar negara.
Pihak MAIS turut mengiktiraf pengalaman beberapa PIBK yang telah lebih awal melaksanakan program dan misi bantuan kepada masyarakat lslam di luar negara yang ditimpa musibah termasuk di Palestin.
"Antara 96 buah PIBK MAIS yang aktif memberikan sokongan kepada rakyat Palestin iaitu Angkatan Belia lslam Malaysia Cawangan Selangor, lslamic Relief Malaysia, MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction), Humanitarian Care Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Aman Palestin Berhad dan Muslim Care Malaysia Society dan HALUAN," katanya.
Menurut Abdul Aziz pihaknya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan keprihatinan PIBK MAIS serta orang ramai yang sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
Pastinya segala usaha ini amatlah bermakna bagi rakyat Palestin, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
MAIS menyokong agenda pembebasan negara Palestin daripada kekejaman dan pencerobohan tentera Zionis. - Gambar fail/ Reuters
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB, esok.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menarik balik keputusan untuk membenarkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid mengajar di negeri Selangor.
Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.