Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyangkal kenyataan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad bahawa MAIS diperalatkan pihak tertentu apabila mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible di Damansara Kim, Petaling Jaya, 2 Jan lalu.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam kenyataannya berkata rampasan itu adalah selaras dengan Enakmen Negeri dan titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
"MAIS tidak mengikut telunjuk sesiapa seperti yang didakwa sama ada telunjuk UMNO atau pun kerajaan Persekutuan.
"Ini adalah prinsip yang dipegang MAIS iaitu untuk mempertahankan agama Islam dan mematuhi titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri selaras dengan prinsip undang-undang dan enakmen yang berkuat kuasa di Selangor," katanya.
Beliau berkata kenyataan Khalid itu hanya bersandar kepada kepentingan politik semata-mata dan sebagai wakil rakyat beragama Islam, Khalid seharusnya lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
"MAIS menggesa Khalid Samad dan individu lain supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan nanti bersifat fitnah, Mais tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.
Pada November lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat di negeri ini akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
Berikutan itu, pada 2 Jan lalu JAIS menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dekat sini dan merampas 351 kitab Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban kerana menggunakan kalimah Allah.
Bernama
Sat Jan 25 2014
![MAIS sangkal kenyataan Khalid Samad berhubung isu rampasan Bible MAIS sangkal kenyataan Khalid Samad berhubung isu rampasan Bible](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/61390581374_295x200.jpg)
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690002051_MasjidShahAlam.jpg)
Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS
Semua bentuk bahan kempen atau propaganda hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis atau kawasan pagar masjid dan surau.
![Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678917153_MohdZawawi.jpg)
Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain
Peraturan sudah menetapkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain, selain agama Islam dilarang sama sekali.
![Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644645714_PuteriSarahLiyana.jpg)
Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf
Pelakon Puteri Sarah sudah menerima permohonan maaf terbuka daripada individu yang menabur fitnah berkenaan dirinya di media sosial baru-baru ini.
![JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651830102_DatukMohdShahzihan.jpg)
JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan.
![Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642064868_MohdEzraagainst.jpg)
Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
![Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624619289_nikahkahwinkawin.jpg)
Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.
![Suami isteri pengusaha pusat tahfiz ditahan, pelajar dakwa didera Suami isteri pengusaha pusat tahfiz ditahan, pelajar dakwa didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619500840_MohamadFaroukEshakKe.jpg)
Suami isteri pengusaha pusat tahfiz ditahan, pelajar dakwa didera
Laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu membawa pada siasatan yang mendapati pusat tahfiz di Ampang, Selangor itu beroperasi secara haram.
![Ucapan kalimah murtad: Bukan mainan dibibir, dilaknat dalam Islam - JAIS Ucapan kalimah murtad: Bukan mainan dibibir, dilaknat dalam Islam - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594461539_solatjumaat.jpg)
Ucapan kalimah murtad: "Bukan mainan dibibir, dilaknat dalam Islam" - JAIS
Implikasi penggucapan kalimah murtad bukan sahaja memberi kesan kepada individu penutur malah memberi kesan besar kepada kepentingan umat Islam, agama dan negara.
![Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598242781_DYMMSULTANSELA.jpg)
Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah
Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.
![JAIS tahan 4 individu terlibat ajaran meragukan JAIS tahan 4 individu terlibat ajaran meragukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41587296984_JAIS.jpg)
JAIS tahan 4 individu terlibat ajaran meragukan
JAIS menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan wanita, serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terlibat di sekitar Hulu Langat malam tadi.