Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memperkenalkan Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA) bagi mengawal mutu institusi tahfiz di negeri ini.
Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ), Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata pihaknya akan bersama MAIJ bagi memantau sistem itu.
"Sistem JQTA berada di bawah bidang kuasa MAIJ dan kita akan membantu dari segi pemantauan serta pelaksanaan sistem tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Kerjasama Wakaf antara MAIJ dan IASWJ dengan Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin di Bukit Pasir, di sini malam tadi.
Majlis itu dirasmikan Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut.
Abdul Razak berkata Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) pula diberi tanggungjawab untuk membangunkan sistem itu dari segi kurikulum, pengurusan fasiliti dan kewangan bagi melahirkan institusi tahfiz berkualiti tinggi.
Beliau berkata Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza.
Katanya, Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan sistem tersebut sama seperti yang dipraktikkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau universiti-universiti di negara ini.
"Sistem ini seakan-akan pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada universiti di Malaysia, namun, JQTA yang digunakan untuk menilai madrasah tahfiz adalah yang pertama di negara ini.
"Ini bermakna, selepas ini mana-mana madrasah tahfiz yang tidak mendapat kelayakan daripada MAIJ menerusi JQTA tidak akan diberi lesen untuk beroperasi dan mungkin tidak layak menerima bantuan daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin yang diwakafkan kepada MAIJ dan IASWJ menjadi madrasah pertama yang akan melaksanakan sistem JQTA.
Bernama
Sun Jul 03 2016
![MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41461938489_950x600.jpg)
Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Trend hantar anak ke pusat tahfiz: Usia terlalu muda kurang sesuai Trend hantar anak ke pusat tahfiz: Usia terlalu muda kurang sesuai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574918728_TBPELAJARTAHFIZ.jpg)
Trend hantar anak ke pusat tahfiz: Usia terlalu muda kurang sesuai
Pada usia enam atau tujuh tahun, anak-anak ini masih memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa dan kebanyakannya masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.
![4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf 4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458457933_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.
![MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41461938489_950x600.jpg)
MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz
Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ), Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata pihaknya akan bersama MAIJ bagi memantau sistem itu.