KUANTAN : Dua individu rugi sebanyak RM44,948 selepas diperdaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud pada Disember tahun lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa pertama berusia 41 menetap di Raub kerugian RM23,950 selepas mahu membuat pinjaman sebanyak RM15,000 pada 14 Disember tahun lalu.
"Mangsa berminat untuk membuat pinjaman selepas melihat iklan di laman sosial Facebook dan menyerah semua maklumat peribadi seperti slip gaji, salinan kad pengenalan, bil air dan maklumat CTOS bagi tujuan itu.
"Suspek kemudian bersetuju dan memberi pinjaman selama empat tahun dengan kadar bayaran bulanan RM362, namun mangsa diminta membuat pembayaran duti setem, surat perjanjian dan proses penerimaan wang pinjaman," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ramli berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub, mangsa telah membuat 11 kali transaksi membabitkan jumlah RM23,950 kepada 11 akaun bank berbeza.
Dalam kejadian lain beliau berkata, mangsa berumur 43 tahun melihat satu iklan di Facebook pelaburan Amundi pada 28 Disember tahun lalu.
Menurutnya, mangsa kemudian menekan capaian yang diberikan dan berminat untuk menyertai pelaburan itu menerusi pakej asas iaitu mengeluarkan wang modal dana sebanyak RM600.
"Menerusi pengeluaran modal itu, mangsa akan mendapat pulangan sebanyak RM8,500 dalam tempoh selama tiga hari.
"11 Januari lalu, mangsa telah membuat enam kali transaksi yang berjumlah keseluruhan RM21,034 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek, namun sehingga kini tidak memperolehi sebarang pulangan," jelasnya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di IPD Kuantan.
Sehubungan itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.
"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," kata beliau.
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.- Gambar hiasan
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Mahu pinjam RM15,000 tapi rugi RM23,950
Dua individu rugi sebanyak RM44,948 selepas diperdaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud pada Disember tahun lalu.