Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Negara-Ku melihat tanggungjawab kerajaan seharusnya untuk memberi ruang kepada rakyat ke arah usaha memajukan negara, dan bukan melihat kritikan rakyat sebagai sesuatu yang berunsur hasutan.
Penaungnya, Datuk S. Ambiga berkata, keharmonian antara kaum di negara ini juga dilihat sesuatu yang indah dan tidak boleh diganggu-gugat sebarang anasir luar.
"Kita mahu kerajaaan yang menjaga kita (rakyat), bukan kerajaan yang meletakkan kita ke belakang (penjara) hanya kerana menyatakan pandangan," katanya semasa aktiviti Piknik Rakyat di Taman Jaya di sini hari ini.
Antara jemputan yang hadir pada Piknik Rakyat di Petaling Jaya pada Hari Malaysia ke-51 - Gambar Astro AWANI
Kira-kira 100 orang awam berada di sekitar taman berkenaan seawal jam 9 pagi sambil membawa sarapan sendiri untuk bersama di dalam aktiviti berkenaan.
Turut hadir, ahli akademik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Samad turut mendeklamasi dua puisi berkenaan kebebasan bersuara di negara ini bertajuk "Di Atas Padang Sejarah" dan "Di Atas Padang Sejarah 2."
A.Samad Said mendeklamasi puisi pada aktiviti Piknik Rakyat di Petaling Jaya - Gambar Astro AWANI
Selain bersarapan bersama, mereka turut menyanyikan lagu "Negaraku" dan bersalaman dengan kalangan yang hadir.
Orang ramai juga disaran menganjurkan aktiviti serupa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bertitik-tolak daripada itu, dua forum akan dianjurkan di ibu negara dan Pulau Pinang sebagai pembuka tirai siri jelajah Negara-Ku di seluruh negara, menurut Ambiga.
"Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian.
"Kami juga akan menganjurkan satu forum bertajuk, 'Revisiting the Malaysia Agreement' pada 29 September 2014 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor," ujarnya.
Sebelum ini, Penasihat Kerajaan Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Tan Sri Rais Yatim berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Negara-Ku untuk 'beroperasi' sebelum menilai sebarang kesan kepada negara.
Astro Awani
Tue Sep 16 2014
Kerajaan seharusnya memberi ruang untuk rakyat ke arah memajukan negara, dan bukan melihat kritikan sebagai suatu hasutan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial
Pakatan Harapan membantah pihak berkuasa susulan siasatan terhadap aktivis social, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi
Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis
Ambiga berkata, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah semalam.
Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.
Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti 'membaling batu sembunyi tangan' dalam perkara berkenaan.
Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas
Tan Sri M. Kayveas menyifatkan Datuk S. Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
"Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat" - Ambiga
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak pernah menyangka Dr Mahathir akan disiasat polis.
'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik
Dengan pemergian Nik Abdul Aziz, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kata ahli-ahli politik.
Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0
Mahkamah Tinggi hari ini mengugurkan saman Kerajaan Persekutuan tehadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kerana menyebabkan kerosakan perhimpunan 2012 di Kuala Lumpur.
GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media
Lebih 100 penunjuk perasaan dengan kebanyakkannya pengamal media, aktivis dan penyokong hadir pada perhimpunan yang dinamakan Bantahan Pensel Merah.