Kehidupan mewah diimpikan penjawat awam berbanding pendapatan yang kurang menjadikan mereka tergoda untuk menerima rasuah.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bagaimanapun berkata, masalah itu boleh dikawal sekiranya struktur perkhidmatan awam mengetatkan undang-undang agar gejala itu tidak berlaku lagi.
“Cuepacs berpendapat mereka (penjawat awam) mahukan kemewahan tetapi gaji tidak cukup dan beberlanja lebih daripada pendapatan.
“Disebabkan mahu kehidupan yang lebih berjaya mereka ini terjebak dalam kancah-kancah pelakuan rasuah termasuk rasuah oleh pihak awam yang mempunyai kuasa untuk mendapatkan khidmat seks dan macam-macam lagi sehingga gejala ini perlu diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati terdapat ramai pegawai kerajaan daripada sektor perolehan dan penguatkuasaan yang terlibat menerima rasuah berbentuk ‘pakej’ tertentu.
BACA: [EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam wawancara bersama program Awani Pagi berkata, kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.
Justeru, Azih Muda berpendapat, pendedahan SPRM itu perlu dipandang serius dan tidak membenarkan gejala rasuah yang disifatkan sebagai duri dalam daging ini berleluasa.
“Kita tidak boleh hanya terima tidak dan penafian sahaja. Kami bersetuju jika proses undang-undang diberi penakanan oleh struktur perkhidmatan masing masing.
“Ia bagi memastikan tanggungjawab yang diberikan oleh pegawai mereka, terutama melibatkan anggota penguatkuasa tiada ruang untuk budaya rasuah berlaku,” jelasnya lagi.
BACA: [EKSKLUSIF] SPRM lucut hak rampas aset perasuah bernilai RM1.198 bilion tahun ini
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Dec 10 2019

Azih Muda berpendapat, gejala rasuah yang diterima penjawat awam boleh dikawal sekiranya struktur perkhidmatan awam mengetatkan undang-undang. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mahu hidup mewah dipercayai punca penjawat awam terima rasuah
Kehidupan mewah diimpikan penjawat awam berbanding pendapatan yang kurang menjadikan mereka tergoda untuk menerima rasuah.

Baik, buruk pengecilan penjawat awam - Cuepacs
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendapat cadangan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam.

Cuepacs berharap kerajaan utamakan kebajikan penjawat awam
Datuk Azih Muda berharap kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meminggirkan golongan penjawat awam.

Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs
Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai penjawat awam menjadi golongan miskin bandar dan Cuepacs gesa tarif gaji dinaikkan dalam masa terdekat.

Cuepacs jumpa PM esok bincang senarai tuntutan
Cuepacs mahu kerajaan segera mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Dan Majlis Pemuafakatan Sektor Awam selain Skim Perlindungan Keselamatan bagi penjawat awam yang belum disahkan jawatannya.

Gaji penjawat awam rendah punca rasuah, salah guna kuasa - Cuepacs
Datuk Azih Muda berkata gaji penjawat awam perlu seiring dengan kenaikan kos sara hidup bagi mengelak kebergantungan kepada sumber lain.

Cuepacs bantah cadangan penubuhan SPBT
Cuepacs menolak cadangan kerajaan Johor berhubung penubuhan SPBT, yang dikatakan bertujuan meningkatkan prestasi penjawat awam kerajaan tempatan.

Penjawat awam tidak terlebih, malah tidak cukup - Cuepacs
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan mengecilkan jumlah penjawat awam bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Kerajaan diminta pertimbang tingkatkan kadar caruman KWSP
Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar caruman KWSP bagi golongan pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup kini.