KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan Zaid Ibrahim & Co (ZICO) untuk membatalkan saman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim bagi menghalang firma guaman itu daripada terus menggunakan nama beliau dalam amalan guaman dan mengembalikan nama firma tersebut kepadanya.
Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk melupuskan kes itu berdasarkan pliding (pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yang dikemukakan plaintif dan defendan dalam sesuatu tuntutan mahkamah) dan keterangan afidavit sahaja.
Menerusi keputusan yang dikeluarkan kepada media, beliau berkata mahkamah telah meneliti semua afidavit dan berpuas hati bahawa kedua-dua pihak bercanggah pendapat dalam pelbagai isu dan terdapat banyak fakta yang saling bertentangan.
"Justeru, satu perbicaraan hendaklah dijalankan dengan saksi dipanggil untuk memberikan keterangan secara lisan. Mereka boleh diperiksa, disoal balas dan diperiksa semula.
"Oleh itu, permohonan untuk membatalkan saman itu oleh defendan (ZICO) ditolak tanpa kos," katanya dalam keputusan yang dibuat melalui e-mel pada Rabu.
Hakim itu turut menolak permohonan Mohd Zaid bagi mendapatkan injunksi interim menghalang firma tersebut daripada terus menggunakan nama beliau dalam amalan guaman sementara menunggu pelupusan samannya.
Ahmad berkata plaintif masih boleh membuka firma sendiri di bawah namanya dengan gaya yang berbeza memandangkan beliau "meminta namanya dikembalikan" meskipun tanpa "and Co," contohnya "Zaid Ibrahim and Associates" atau "The Chambers of Zaid Ibrahim."
"Plaintif juga tidak menunjukkan sebarang keperluan mendesak bagi menghalang firma itu daripada menggunakan namanya memandangkan beliau hanya memfailkan saman itu baru-baru ini setelah sekian lama insiden tersebut berlaku," katanya.
Hakim itu berkata sebelum ini mahkamah memutuskan bahawa selepas Mohd Zaid menjual baki sahamnya dalam firma tersebut pada 2008, bukan sahaja beliau tidak lagi menjadi rakan kongsi malah plaitif tidak lagi berminat dengan defendan.
Beliau juga berkata jika mahkamah memberikan perintah injunksi, keputusan itu akan menjejaskan kehidupan ramai individu yang bekerja dengan defendan berjumlah 250 orang termasuk rakan kongsi, peguam dan kakitangan selain kesan advers ke atas firma induk Zico Law, sebuah rangkaian firma guaman ASEAN, serta defendan sendiri yang merupakan firma guaman terbesar di Malaysia.
Ahmad berkata defendan sebagai firma guaman terbesar di Malaysia, juga pada bila-bila masa memiliki sejumlah wang yang banyak sebagai pemegang saham yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatannya, termasuk penjualan kapal mewah 'Equanimity.'
"Begitulah tahap kepercayaan yang diberikan kepada firma itu dan jika perintah injunksi diberikan, akan ada potensi kerugian yang besar terhadap firma tersebut dari segi monetari, nama baik dan reputasinya yang tidak dapat diberikan pampasan oleh plaintif," katanya yang menetapkan 17 Ogos untuk pengurusan kes bagi saman itu.
Mohd Zaid diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala Tan Sri Tommy Thomas hadir bagi pihak ZICO.
Pada 24 Nov tahun lepas, Mohd Zaid memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan terhadap ZICO bagi menghalang firma itu daripada terus menggunakan namanya dalam amalan guaman dan mahu nama firma tersebut dikembalikan kepada beliau selain injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menggunakan namanya dalam sebarang bentuk atau gaya sebagai nama firma tersebut.
ZICO dalam satu kenyataan memaklumkan firma itu menyambut baik keputusan tersebut dan akan meneruskan perniagaannya seperti biasa sebagai firma guaman terkemuka di negara ini.
Kenyataan itu menyebut bahawa firma tersebut tidak pernah mempertikai hak plaintif untuk membuka firma guamannya sendiri menggunakan namanya dengan gaya berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
![Mahkamah tolak permohonan ZICO untuk batal saman Zaid Mahkamah tolak permohonan ZICO untuk batal saman Zaid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513137166_DatukZaidIbrahim.jpg)
Hakim berkata, Zaid (gambar) selaku plaintif masih boleh membuka firma sendiri di bawah namanya dengan gaya yang berbeza. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
![Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740137100_AzanMaghribawal.jpg)
Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738450897_KhairyJamaluddin.jpg)
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
![Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727498292_DatukZaidIbrahim.jpg)
Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim
Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.
![Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726037006_AnwarKhairyPemimp.jpg)
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
![Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661610781_DatukZaidIbrahim.jpg)
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
![Tiga peguam termasuk Zaid Ibrahim saman Badan Peguam Malaysia, Presiden kerana memfitnah Tiga peguam termasuk Zaid Ibrahim saman Badan Peguam Malaysia, Presiden kerana memfitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/41435400599_ZaidIbrahim.jpg)
Tiga peguam termasuk Zaid Ibrahim saman Badan Peguam Malaysia, Presiden kerana memfitnah
Badan Peguam Malaysia dan Presidennya didakwa memfitnah Zaid dan dua peguam lain menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan.
![ZIST tuntut permohonan maaf ZIST tuntut permohonan maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659526460_courtgavelmahkam.jpg)
ZIST tuntut permohonan maaf
Mereka juga akan memulakan tindakan undang-undang sekiranya penarikan balik dan permohonan maaf tidak dibuat selewat-lewatnya pada 2 Sept ini.
![PRU15: Andai tewas, UMNO jadi tempat perkuburan PRU15: Andai tewas, UMNO jadi tempat perkuburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661610781_DatukZaidIbrahim.jpg)
PRU15: Andai tewas, UMNO jadi tempat perkuburan
Zaid mengingatkan supaya pemimpin dan ahli UMNO agar bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan pada PRU15 menjadi milik BN.
![Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513137166_DatukZaidIbrahim.jpg)
Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim
Zaid berkata, firma itu telah menerima keputusan bekas perdana menteri itu dengan hati terbuka untuk memberhentikan khidmat firma guamannya.
![Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513137166_DatukZaidIbrahim.jpg)
Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.
![Rayuan SRC International: Najib lantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam baharu Rayuan SRC International: Najib lantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658817348_TBHISHAM.jpg)
Rayuan SRC International: Najib lantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam baharu
Peguam Hisyam Teh Poh Teik akan menjadi peguam utama dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan.