Mahkamah Sesyen di sini Jumaat menolak permohonan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin untuk melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Hakim Yasmin Abdul Razak menolak permohonan yang dikemukakan peguambela Badrul Hisham, Eric Paulsen yang berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April lepas yang menggugurkan pertuduhan ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Paulsen berkata mahkamah akan tersalah arah sekiranya menunggu Parlimen meminda Akta Perhimpunan Aman itu kerana Mahkamah Rayuan telah memutuskan akta tersebut tidak mengikut perlembagaan dan tidak terpakai.
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pula berhujah bahawa akta itu masih boleh diguna pakai sehingga Parlimen memindanya.
Beliau juga memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan semalam.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.
Badrul Hisham, 35, atau dikenali sebagai "Chegubard" sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei tahun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Bernama
Fri May 16 2014
![Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012 Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365678490_295x200.jpg)
Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perhimpunan: Polis terima notis daripada kumpulan Baju Merah Perhimpunan: Polis terima notis daripada kumpulan Baju Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51472821698_TSKhalidAbuBakar.jpg)
Perhimpunan: Polis terima notis daripada kumpulan Baju Merah
Polis telah menerima notis daripada Kumpulan Baju Merah dua hari lepas bagi penganjuran satu perhimpunan di Dataran Merdeka di sini pada 5 Nov depan.
![Bersih 4: Pakatan Rakyat tidak ikhlas perjuang hak - Nur Jazlan Bersih 4: Pakatan Rakyat tidak ikhlas perjuang hak - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434853499_nurjazlan.jpg)
Bersih 4: Pakatan Rakyat tidak ikhlas perjuang hak - Nur Jazlan
Sejak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 diluluskan, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan tempat khas seperti yang dinyatakan dalam akta berkenaan untuk tujuan berhimpun.
![Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012 Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365678490_295x200.jpg)
Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan semalam.