KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.
Selain itu, mahkamah turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Pahang yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan perkara itu dalam prosiding yang berlangsung pada Rabu.
Beliau dalam penghakiman berkata, mahkamah mendapati pekebun yang terlibat disifatkan sebagai penceroboh di tanah berkenaan.
Katanya, sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman itu.
"Berdasarkan pertimbangan, saya dapati keputusan pentadbiran tanah daerah Raub dan keputusan Pengarah Perhutanan Pahang mengeluarkan notis pengusiran ke atas tanah milik responden adalah tidak tercemar dengan sebarang kecacatan undang-undang, ketidakrasionalan atau niat jahat.
"Sebaliknya, keputusan itu sepenuhnya mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan. Justeru, saya menolak semua perintah yang dimohon oleh semua plaintif dalam kedua-dua permohonan semakan mereka dengan kos," katanya.
Pada prosiding itu, responden diwakili Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Saiful Edris Zainuddin, Dorah Abdul Kadir, Abdul Hafiz Razat, Fatin Nur Syahirah, Tan Sri Cecil Abraham, Noor Muzalifah Shabudin, Mohd Irwan Ismail dan Yap Jing Wen.
Plaintif pula diwakili peguam Siew Choon Jern, Chen Chiu Hua dan Lim Pit Feng.
Mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM600,000 kepada kesemua responden.
Sementara itu, Saiful Edris berkata, dalam prosiding itu, mahkamah memaklumkan plaintif tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Jelasnya, mahkamah juga mengesahkan status mereka sebagai penceroboh dan tindakan kerajaan tidak berniat jahat.
"Pelan pemutihan yang ditawarkan juga tidak ada unsur berat sebelah dan masih boleh dirunding dengan pihak-pihak terlibat," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan.
Pada 2020, pekebun terbabit memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam pokok durian musang king di sekitar Raub, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Seramai 186 pekebun memfailkan permohonan dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Selain menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 24 2024
Pasukan peguam mewakili enam responden daripada Kerajaan Pahang dan syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Ombak yang mengubah Aceh
Dua dekad tsunami 2004, namun kenangan dan kesannya masih terasa di seluruh dunia. Bagaimana tragedi ini mengingatkan kita tentang kekuatan alam dan pentingnya solidariti global dalam menghadapi bencana? Adakah kita telah belajar dan memperkuat sistem mitigasi bencana melindungi nyawa dan komuniti di masa depan?
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepada 755,000 unit pada 2025 - CIMB Securities
Penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor seperti penyasaran subsidi petrol RON95 dan semakan semula kaedah perkiraan nilai pasaran terbuka.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Temui karakter kandungan Astro di Home Of Kids
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan membawakan semula Home of Kids, sebuah acara yang membawa pengalaman riang kepada kanak-kanak dan seisi keluarga.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
Tsunami 2004: Selepas 20 tahun, trauma masih menghantui
Warga Kuala Muda yang menjadi mangsa tragedi tsunami 2004 berkongsi kisah ketika hari kejadian dan bagaimana sehingga ke hari ini trauma itu masih menghantui mereka.
Indonesia bunyikan siren, kenang 20 tahun tragedi
Bagi memperingati lebih 220,000 mangsa terkorban dalam bencana tsunami yang melanda negara-negara sekitar Lautan Hindi 20 tahun lalu, siren dibunyikan di sebuah masjid di banda Aceh, Indonesia, pagi ini.
38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat, maut, manakala 14 lagi selamat.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.