Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.
Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati permohonan Chin tidak mempunyai kes untuk dihujah.
"Pemeriksaan terhadap kenyataan pemohon akan menunjukkan bahawa asas bagi cabaran yang dikemukakan pemohon terletak sepenuh dan seluruhnya pada fakta bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak memasukkan butiran terperinci mengenai daratan kawasan dicadangkan dalam notis berkenaan," katanya.
Dengan merujuk kes SPR lwn See Chee How & Another, beliau berkata Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpendapat bahawa Seksyen 4(a) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan tidak mewajibkan SPR memasukkan dalam notis berkenaan keterangan tentang daratan kawasan yang dicadangkan.
Menurutnya, Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa langkah memasukkan jumlah pemilih bagi setiap kawasan ke dalam notis terbabit, seperti yang disyaratkan jadual berkenaan, sudah memberi maklumat secukupnya bagi seseorang pengundi tentang kewajaran yang diberi SPR.
Azizul Azmi berkata sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau tidak nampak bagaimana pemohon (Chin) boleh mewujudkan satu kes kukuh untuk dihujah.
Bagaimanapun, beliau mendapati bahawa permohonan Chin tidak bersifat remeh kerana mengambil kira hakikat bahawa pemohon juga adalah seorang pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan dan mempunyai locus standi secukupnya untuk mengemukakan permohonan itu.
Hakim itu menolak permohonan Chin, tanpa memerintahnya membayar kos.
Peguam Syahredzan Johan mewakili Chin, manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi SPR.
Chin, yang juga pengerusi jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), memfailkan permohonan untuk mengubah keputusan atau tindakan SPR mengeluarkan notis syor bagi cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan.
Beliau juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dimulakan SPR melalui notis berkenaan adalah tidak sah dan terbatal.
Bernama
Thu Nov 24 2016
![Mahkamah tinggi tolak permohonan Maria Chin cabar SPR Mahkamah tinggi tolak permohonan Maria Chin cabar SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440579901_MariaChin.jpg)
Mahkamah Tinggi mendapati permohonan Maria Chin Abdullah tidak mempunyai kes untuk dihujah. - Astro AWANI / Shahir Omar
Pembangkang pertikai paparan MP Bukit Gantang masih PN
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussi, kecuali mengenai keanggotaannya sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721191129_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
![Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650870908_TBmariachin.jpg)
Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin
Projek MRT3 dimansuhkan oleh kerajaan PH namun disambung semula apabila kerajaan PN bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan.
![Maria Chin dihukum penjara tujuh hari kerana hina mahkamah Maria Chin dihukum penjara tujuh hari kerana hina mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650870908_TBmariachin.jpg)
Maria Chin dihukum penjara tujuh hari kerana hina mahkamah
Ahli Parlimen Petaling Jaya dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu.
![Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627878207_pembakangParlimen.jpg)
Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis
Ia berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.
![Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616836004_HimpunanTuntutUndi.jpg)
Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Padang Merbok turut mengadakan bantahan dengan duduk di atas jalan raya selama 18 minit.
![Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Petaling Jaya Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586582877_realitirakyat.jpg)
Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Petaling Jaya
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
![KRPPM: Platform perbincangan dasar Ahli Parlimen dan rakyat KRPPM: Platform perbincangan dasar Ahli Parlimen dan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576072237_BangunanParlimen.jpg)
KRPPM: Platform perbincangan dasar Ahli Parlimen dan rakyat
KRPPM merupakan badan tidak formal yang didaftarkan di bawah Parlimen Malaysia
![Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81568454852_MohamadSabukement.jpg)
Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.
![Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505877350_950x600.jpg)
Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri
Ketua Umum PKR itu terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.
![FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1) FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525867884_pengundi.jpg)
FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1)
Lebih 100 pengundi didakwa dihalang daripada mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (1) berikutan sudah jam 5 petang.
![PPBM sekadar parti 'Mat Jenin' dalam Pakatan Harapan - Shaiful PPBM sekadar parti 'Mat Jenin' dalam Pakatan Harapan - Shaiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474202146_DatukShaifulHazizy.jpg)
PPBM sekadar parti 'Mat Jenin' dalam Pakatan Harapan - Shaiful
Kenyataan PPBM akan mengetuai kerajaan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU-14 hanyalah cakap kosong dan tidak bersandarkan realiti politik semasa.