Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hari bermula 4 April ini untuk perbicaraan kes enam lelaki dan seorang doktor yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui dalam tong dram berisi konkrit pada September tahun lepas.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini untuk prosiding serahan dokumen.
Mahkamah juga menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
BACA: Kes tujuh individu bunuh Kevin Morais dipindah ke Mahkamah Tinggi
BACA: Adik mendiang Kevin Morais perlu bantuan PDRM, jangan sembunyi maklumat - KPN
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan 79 jenis dokumen berkaitan kes itu termasuk 700 keping gambar kepada pihak pembelaan pada pagi ini.
"Kami akan mengadakan rundingan prabicara untuk berbincang mengenai eksibit yang akan dikemukakan kepada mahkamah dan saksi-saksi yang akan dipanggil. Setakat ini, pihak pendakwaan mempunyai 60 saksi," katanya.
Abdul Razak juga memaklumkan kes seorang lagi tertuduh, A. Murugan, yang didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin, di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya selepas dia mengaku bersalah melupuskan nombor casis dan kereta mangsa di bengkelnya di Petaling Jaya.
Katanya hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum iaitu pada 17 Feb lepas.
Pada 27 Jan lepas, G. Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A. Thinesh Kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S. Nimalan, 22; dan S. Ravichandaran, 34, mengaku tidak bersalah membunuh Kevin, yang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.
Pakar Patalogi Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52, pula mengaku tidak bersalah bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin di tempat, tarikh dan pada masa yang sama.
Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala enam lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Peguam V. Rajehgopal mewakili Gunasekaran, Vishwanath, Nimalan dan Ravichandaran sementara peguam M. Manoharan mewakili Dinishwaran dan Thinesh Kumar manakala Kunaseegaran diwakili peguam Datuk N.Sivananthan.
Sementara itu, peguam Datuk Simon Sabapathy bertindak sebagai peguam pemerhati bagi adik bongsu mendiang, Datuk Richard Dilaan Morais, turut hadir hari ini.
Mayat Kevin, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept tahun lepas.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Mayat Kevin, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept tahun lepas.
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.