KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengenepikan taksiran cukai berjumlah RM1.8 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2018.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin dalam penghakimannya bersetuju bahawa jumlah berkenaan (RM 1.8 billion) dianggap sebagai elaun pelaburan semula (RA).
Peguam TNB S. Saravana Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata pertikaian timbul apabila LHDN tidak membenarkan tuntutan elaun pelaburan semula TNB di bawah Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA) atas alasan bahawa pengagihan dan penjanaan elektrik TNB bukan termasuk dalam sektor pengilangan elektrik, sebaliknya LHDN berhujah bahawa TNB adalah penyedia perkhidmatan.
"Hakim yang tidak bersetuju dengan hujah LHDN, berpendapat bahawa TNB yang terlibat dalam perniagaan berkaitan 'penghasilan' tenaga elektrik atau penjanaan elektrik, adalah aktiviti perkilangan.
"Hakim berpandangan bahawa transformasi menjadi isu, yang menjadikan tenaga elektrik sebagai bentuk yang boleh digunakan oleh pelanggan, transformasi ini mesti dianggap sebagai sebahagian daripada pembuatan dan pengeluaran elektrik," katanya.
"Mahkamah juga mengulas bahawa elektrik tidak dihalang menjadi sebagai aktiviti pembuatan di bawah Jadual 7A ITA dan juga dalam Warta yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan. Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa tafsiran dalaman LHDN seperti yang terkandung dalam Garis Panduan dan Ketetapan Awamnya tidak mengikat pembayar cukai," tambahnya.
Beliau berkata keputusan hari ini boleh dianggap sebagai keputusan yang amat penting kerana ia juga mempunyai kesan yang memihak kepada rayuan cukai lain yang dikemukakan TNB.
"Difahamkan perkara ini adalah berkaitan dengan RA di tahun-tahun awal taksiran 2003 hingga 2007 dan 2009 hingga 2017 yang berjumlah RM5.8 bilion tambahan cukai dan bayaran balik," katanya.
TNB turut diwakili peguam Nur Amira Ahmad Azhar manakala LHDN diwakili timbalan peguam caranya Dr Hazlina Hussain.
Pada 21 Julai 2020, TNB menfailkan permohonan semakan kehakiman yang antara lain bagi mengenepikan keputusan responden yang bertarikh 13 Julai 2020. Pada dasarnya responden tidak membenarkan tuntutan elaun pelaburan semula pemohon berjumlah RM1,812,506,384.64.
Syarikat itu juga memohon pengisytiharan bahawa ia berhak menuntut elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pemohon (TNB), yang menjalankan perniagaan berkaitan elektrik menuntut elaun pelaburan semula bagi tahun taksiran 2018 dalam penyata cukainya, bagaimanapun pada 2 Jan 2020, responden mengeluarkan surat meminta akaun pemohon yang telah diaudit, pengiraan cukai dan pengiraan tuntutan elaun modal.
TNB berkata pada 15 Jan 2020, syarikat itu menyediakan semua dokumen yang diminta responden dalam surat mereka bertarikh 2 Jan, tahun yang sama.
TNB seterusnya berkata pada 3 Julai 2020, pihaknya menerima surat responden yang memaklumkan TNB bahawa tuntutan elaun pelaburan semula bagi tahun taksiran 2018 tidak dibenarkan.
"Pada 13 Julai 2020, responden telah mengeluarkan notis taksiran tambahan bagi cukai tambahan berjumlah RM1,812,506,384.64," kata TNB dalam permohonannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan TNB untuk mengenepikan taksiran cukai berjumlah RM1.8 bilion oleh LHDN bagi tahun taksiran 2018. - Gambar fail
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat
Kira-kira 55,000 pengguna air di daerah ini bakal terjejas susulan kerja-kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Panching pada Selasa.
Ops Adha: TNB perkukuh bekalan elektrik di Pantai timur menjelang Aidiladha
Antara langkah diambil termasuk memperkemas sistem voltan rendah, meningkatkan kapasiti alatubah serta mewujudkan pencawang baharu.
Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.