Mahkamah Tinggi Kuching hari ini telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan semula proses persempadanan negeri Sarawak kerana draf pertama dan kawasan yang terlibat tidak mempunyai butiran yang lengkap.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Hakim Datuk Yew Jen Kie dalam penghakimannya berkata terdapat kekurangan maklumat yang penting dalam notis bertarikh 5 Januari bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan.
Beliau berkata SPR sepatutnya menerbitkan daftar pemilih, senarai perubahan yang dicadangkan dan kawasan yang terjejas.
Ini adalah penting supaya orang ramai akan tahu bagaimana mereka akan terjejas oleh proses persempadanan semula itu, tambah beliau.
Dengan keputusan ini, SPR perlu melalukan semula proses persempadanan sekali lagi.
SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Januari lepas hingga 4 Februari di beberapa tempat di negeri itu.
Berikutan persempadanan semula itu, Dun Sarawak kini bertambah dari 71 kerusi kepada 82.
Sebelas kawasan baharu DUN yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Tellian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.
Astro Awani
Fri May 15 2015

Mahkamah Tinggi Kuching mendapati terdapat kekurangan maklumat yang penting pada draf yang dibentangkan kepada orang awam.

Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu - Lee
Hukuman lebih berat terhadap mereka yang memandu secara melulu dan cuai perlu dilaksana bagi mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di musim perayaan.
Legenda tinju George Foreman meninggal dunia pada usia 76
George Foreman, juara heavyweight dua kali dan ikon sukan Amerika, meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas perjalanan hidup penuh inspirasi dalam dan luar gelanggang.
Kak Cik Yah raih populariti, video masakan bersahaja, cuit hati
Kak Cik Yah yang semakin popular di TikTok menerusi video masakan bersahajanya dan mencuit hati rakyat Malaysia menyifatkan tumpuan yang diterimanya ketika ini sebagai rezeki Ramadan.
Lingkaran tengah utama belum dibuka untuk Aidilfitri - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) akan dibuka dalam masa terdekat.
Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka operasi dalam masa terdekat
Pembinaan Hospital Pasir Gudang yang menelan kos melebihi RM380 juta kini hampir siap dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.
Maritim Malaysia bakal peroleh kapal multi fungsi buatan Turkiye
Keselamatan perairan negara terus diperkukuh dengan perolehan Multi Purpose Mission Ship (MPMS) untuk Maritim Malaysia.
Perjanjian bernilai USD68.8 juta ini mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan. Kapal MPMS dilengkapi teknologi canggih dan mampu meningkatkan keberkesanan kawalan perairan, khususnya di Laut China Selatan.
Perjanjian bernilai USD68.8 juta ini mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan. Kapal MPMS dilengkapi teknologi canggih dan mampu meningkatkan keberkesanan kawalan perairan, khususnya di Laut China Selatan.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London, pada Sabtu selepas penutupan penuh lapangan terbang itu akibat kebakaran yang berlaku pada Khamis malam.
Jumlah mangsa di Johor dan Sabah turun sedikit
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini

Bekalan perubatan di Gaza semakin berkurangan - Pegawai antarabangsa
Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza.

ADUN Kota Damansara, Izuan Kasim sedia tanding jawatan Timbalan AMK
ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Mohd Kasim tawar diri untuk bertanding jawatan Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pemetaan sempadan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha
Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Mahkamah Tinggi arahkan SPR lakukan proses persempadanan semula di Sarawak
Mahkamah Tinggi Kuching mendapati terdapat kekurangan maklumat yang penting pada draf yang dibentangkan kepada orang awam pada bulan Januari dan Februari lepas.