Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam, isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
"Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah Badariah manakala Hamid Sultan menentang.
Panel itu membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua yang lain, kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan.
Keenam-enam perayu itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Muhd Riduan.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi Muhd Riduan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya itu selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam yang ketika itu berusia 12 dan 11 tahun serta 11 bulan.
Sekarang mereka berusia 18, 17 dan tujuh tahun.
Hak penjagaan
Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh juga mengisytiharkan bahawa perintah hak penjagaan itu adalah tidak sah dan batal kerana Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah hak penjagaan apabila pihak lain (ibu) bukan beragama Islam.
Mahkamah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu mereka, M. Indira Gandhi, seorang guru tadika yang memohon agar sijil penukaran agama itu adalah tidak sah dan batal.
Balia berkata isu yang didengar di hadapan panel berkenaan sama ada Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa kes penukaran agama dan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan sijil penukaran agama itu.
Beliau berkata dalam memutuskan perkara itu, panel berkenaan telah mengambil kira peruntukan di bawah Seksyen 96 dan 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 berhubung proses penukaran agama dan Seksyen 50 bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Beliau berkata mahkamah juga mempertimbangkan Seksyen 101 enakmen kuasa Pendaftaran Mualaf berhubung sijil penukaran agama.
"Berdasarkan enakmen itu dan selepas mendengar hujah dan kes yang dirujuk kedua-dua pihak, kami membenarkan rayuan dan mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh. Kami tidak mengeluarkan perintah mengenai kos," kata Balia.
Memeluk islam
Hamil Sultan, dalam keputusan yang menentang berkata keseluruhan proses penukaran agama ketiga-tiga kanak-kanak itu terbatal daripada awal.
Beliau berkata di bawah enakmen itu, seseorang yang mahu memeluk Islam mesti mengemukakan permohonan sendiri, harus mengangkat sumpah dan mengucap dua kalimah syahadah.
Beliau berkata kanak-kanak itu harus mengemukakan permohonan untuk penukaran agama dengan kebenaran bapa mereka, tetapi dalam kes ini permohonan dibuat oleh bapa mereka.
Hamil Sultan berkata situasi di Malaysia adalah kabur kerana pendekatan berbeza oleh mahkamah berhubung isu penukaran agama, dan ia tidak akan dapat diselesaikan selagi hakim tidak mempertimbangkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
"Pada pandangan saya, keseluruhan proses sijil penukaran agama oleh Pendaftar Mualaf adalah terbatal dari awal dan tidak kena mengena dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil," katanya.
Bernama
Wed Dec 30 2015

Di luar kamar mahkamah, Indira, 40, yang menitiskan air mata, memberitahu wartawan bahawa dia kecewa dengan keputusan mahkamah. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Kes tukar agama: Permohonan kebenaran merayu ibu tunggal didengar 6 Julai
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Rosidah Roslee, yang turut disertai peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif kes tukar agama
Mahkamah Rayuan memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.