Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak ke atas harta dan aset yang disita bernilai jutaan ringgit milik bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, anak dan menantunya.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas meneliti semua exhibit selain mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.
Beliau turut memerintahkan kesemua harta yang disita dikembalikan kepada pemilik berdaftar iaitu Datuk Abdul Latiff Bandi, anaknya Fauzan Hatim dan menantu perempuannya Nur Shaliza Mohamad Salleh.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan perintah bagi membolehkan SPRM mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dalam masa 14 hari bermula hari ini.
Kamaruddin kemudiannya membenarkan permohonan SPRM untuk penangguhan pelaksanaan perintah berkenaan, yang jika gagal mengemukakan permohonan berkenaan, hak harta berkenaan akan dikembalikan semula kepada pemilik berdaftar.
Hakim turut membenarkan pihak responden menggunakan kenderaan yang disita dengan membuat permohonan kepada SPRM dalam tempoh penangguhan pelaksanaan perintah dengan syarat cagaran menerusi bon.
Abdul Latiff, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja biru, diwakili peguam Abd Rahim Ali.
Pada Januari 2017, SPRM telah menyita enam buah kereta mewah pelbagai jenama termasuk Honda CRV, Toyota Land Cruiser, Honda HRV, Nissan Skyline, Porsche Cayeene, Toyota Vellfire selain 16 utas jam tangan mewah dan mata wang asing, kesemuanya dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2019

Kesemua harta yang disita diperintah dikembalikan kepada pemilik berdaftar iaitu Datuk Abdul Latiff Bandi, anaknya Fauzan Hatim dan menantu perempuannya Nur Shaliza Mohamad Salleh. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes rasuah Guan Eng: Dijangka 125 saksi pendakwaan termasuk Exco Pulau Pinang
Kes rasuah Guan Eng: Dijangka 125 saksi pendakwaan termasuk Exco Pulau Pinang

Kerajaan negeri Kelantan nafi dakwaan exco lawat New Zealand
Kenyataan yang diviralkan juga tidak benar kerana kerajaan negeri hanya mempunyai 11 exco sahaja bukan 17 seperti yang didakwa.

Mahkamah Sesyen tolak permohonan SPRM lucut hak atas harta bekas Exco Johor
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas meneliti semua exhibit selain mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.