PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini telah membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Keputusan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi tahun lepas yang memihak kepada ahli perniagaan Ling Yang Ching dan Wong Ong Hua untuk mengisytiharkan bahawa Seksyen 4 dan 20 Akta Ekstradisi 1992 adalah tidak berperlembagaan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Azizah Nawawi memutuskan bahawa kedua-dua seksyen adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan kuasa kehakiman di bawah Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 4,5,8 dan 9 berkaitan kebebasan asasi.
Ketika membenarkan rayuan Pendakwa Raya, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia, Azizah berkata prosiding ekstradisi bukanlah bertujuan menentukan kesalahan seseorang individu sebaliknya bagi menentukan bukti yang mencukupi bagi tujuan ekstradisi.
Azizah, yang bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan, berkata prosiding ekstradisi adalah prosiding komital dan bukannya perbicaraan sambil menambah bahawa tidak ada isu Menteri Dalam Negeri mencampuri pelaksanaan kuasa kehakiman di Mahkamah Sesyen.
"Kami mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi undang-undang dalam keputusannya untuk membenarkan campur tangan Mahkamah Rayuan," kata beliau yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 2021, Ling dan Wong yang diminta untuk diekstradisi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atas dakwaan terlibat dalam sindiket penggodaman secara besar-besaran telah memfailkan permohonan memohon Mahkamah Tinggi menentukan beberapa persoalan perlembagaan berkaitan kesahihan undang-undang ekstradisi.
Pada Januari tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membatalkan Seksyen 4 dan 20 Akta Ekstradisi 1992 selepas memutuskan bahawa ia bercanggan dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan serta kebebasan asasi ahli perniagaan.
Seksyen 4 menyebut tentang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan ekstradisi suspek bagi menghadapi pertuduhan jenayah ke negara yang mengemukakan permohonan manakala Seksyen 20 menyatakan bahawa mahkamah perlu menahan suspek sementara menunggu arahan menteri terbabit untuk menyerahkannya.
Kerajaan Amerika Syarikat mahu mereka berdepan pertuduhan di Columbia atas dakwaan menjalankan operasi penggodaman global bagi mencuri identiti, teknologi permainan video game dan meletakkan perisian tebusan serta mengintip aktivis Hong Kong.
Mereka telah dibawa di hadapan Mahkamah Sesyen untuk kerajaan mendapatkan perintah ekstradisi.
Dalam permohonan di Mahkamah Tinggi, mereka mendakwa kedua-dua peruntukan Akta Ekstradisi itu telah melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan yang menyentuh isu kebebasan asasi dan kuasa kehakiman.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Liew Horng Bin hadir bagi pihak Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri serta Kerajaan Malaysia manakala peguam Tey Jun Ren mewakili kedua-dua ahli perniagaan.
Tey kemudian memaklumkan media bahawa beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada mereka berhasrat mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.