Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu agar Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapinya.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan rayuan Tengku Adnan untuk mengetepikan keputusan Hakim Mohd Nazlan yang enggan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu.
Hakim Yaacob, yang mengetuai panel itu memutuskan rayuan itu mempunyai merit dan mewajarkan campur tangan mahkamah.
Beliau membenarkan rayuan itu agar Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan Tengku Adnan dan supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah lain.
Beliau berkata hakim baharu akan akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan semula kes itu atau meneruskan perbicaraan itu daripada Hakim Mohd Nazlan.
Setakat ini dua saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
BACA: Khuatir tak dapat perbicaraan adil, Ku Nan mohon hakim undur diri
Hakim Yaacob menetapkan 18 Februari untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mohd Nazlan susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Ia juga adalah tarikh sepatutnya perbicaraan didengar semula.
Tengku Adnan, 69, merayu terhadap keputusan Hakim Mohd Nazlan pada 20 September tahun lalu yang menolak permohonan Tengku Adnan supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes yang dihadapinya.
Ahli Parlimen Putrajaya itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).
BACA: 'Saya ahli perniagaan berjaya, tidak perlu RM2 juta' - Tengku Adnan
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228 di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail di sini pada 27 Disember 2013.
Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan didakwa menerima RM1 juta daripada Eng Boon melalui cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries yang dimasukkan ke akaun CIMB miliknya.
Terdahulu, peguam Tengku Adnan Tan Hock Chuan berhujah Hakim Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes itu kerana beliau telah membaca dan mempertimbangkan fakta kes Eng Boon yang membuat pengakuan bersalah dan didenda RM1.5 juta kerana bersubahat dengan perlakuan salah Tengku Adnan yang menerima suapan RM1 juta daripadanya (Eng Boon).
Beliau berkata kedua-dua kes, Tengku Adnan dan Eng Boon telah ditetapkan awal untuk perbicaraan bersama.
“Hakim Mahkamah Tinggi memiliki pengetahuan tentang kes ini dan sudah pasti fakta kes itu memudaratkan anak guam saya dan oleh sebab itu beliau tidak boleh mendengar kes ini,” kata Hock Chuan.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim berhujah Hakim Mohd Nazlan tidak seharusnya menarik diri daripada mendengar kes itu kerana tidak wujud tanggapan berat sebelah di pihak hakim.
Beliau berkata elemen pertuduhan yang dihadapi Tengku Adnan harus dibuktikan dan menambah fakta kes yang diakui oleh Eng Boon tidak akan diterima secara automatik sebaliknya harus dibuktikan melalui keterangan saksi.
Julia memberitahu media beliau akan mendapatkan arahan daripada Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020
![Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581550263_TBTengkuAdnanTengku.jpg)
Tengku Adnan ketika hadir di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, 12 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581550263_TBTengkuAdnanTengku.jpg)
Mahkamah Rayuan benar permohonan Ku Nan supaya hakim tarik diri
Hakim Yaacob, yang mengetuai panel itu memutuskan rayuan itu mempunyai merit dan mewajarkan campur tangan mahkamah.