Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Mahkamah memutuskan bahawa polis boleh menguatkuasakan larangan terhadap perhimpunan seperti itu tetapi bukan menghukum penganjur dengan mendakwa mereka apabila gagal memberi notis 10 hari.
Dalam satu keputusan bersejarah, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.
Dalam keputusan sebulat suara, Mohd Ariff memerintahkan supaya keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Nov tahun lepas diketepikan, yang menolak permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan pertuduhan itu.
Sebelum menyampaikan keputusan, Mohd Ariff berkata panel hakim yang turut dianggotai Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Mah Weng Kwai memutuskan bahawa mereka bertiga akan menyediakan penghakiman berasingan memandangkan ini merupakan kes berkepentingan awam dan melibatkan isu perlembagaan.
Dalam keputusannya, beliau berkata Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman adalah berperlembagaan berkaitan keperluan memberi notis 10 hari kepada polis tetapi menjadikan kegagalan berbuat demikian mengikut Seksyen 9(5) sebagai satu kesalahan adalah tidak berperlembagaan sedangkan perhimpunan pada 8 Mei itu berlangsung dalam keadaan sangat aman.
Hakim kanan itu berkata jika sesebuah perhimpunan itu sah, ia pada masa sama tidak boleh diisytiharkan sebagai tidak sah.
Bagaimanapun, beliau berkata Akta Perhimpunan Aman dibahaskan di Parlimen dan mahkamah tidak boleh menggantikan pandangan badan perundangan.
Nik Nazmi, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, didakwa mengikut Seksyen 9 (1) kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis seperti yang diperlukan untuk memaklumkan tentang perhimpunan Black 505.
Jika disabitkan kesalahan, beliau berkemungkinan kehilangan kerusi DUN itu, memandangkan hukuman mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman itu adalah denda sehingga maksimum RM10,000.
Sementara itu, Mah dalam keputusannya berkata apabila anggota masyarakat mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan yang tidak melibatkan senjata, ia bukanlah satu kesalahan.
"Dalam kes ini, perayu (Nik Nazmi) yang juga anggota masyarakat, berhak untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan aman yang diadakan di tempat tertutup," katanya.
Selanjutnya beliau menarik perhatian bahawa notis 10 hari seperti yang diperlukan mengikut Akta Perhimpunan Aman adalah satu keperluan yang tidak munasabah dan sangat menyusahkan, dan responden (polis) dalam perhimpunan Black 505 gagal menunjukkan perhimpunan itu tidak akan berlangsung dengan aman.
Hamid Sultan sependapat dengan Mah dan menegaskan bahawa mahkamah berkewajipan untuk melindungi kepentingan awam dengan adanya undang-undang yang cukup untuk menangani mana-mana perhimpunan yang tidak aman.
Beliau berkata tiada undang-undang yang perlu dikuatkuasakan sewenang-wenangnya terhadap anggota masyarakat dan jika mahkamah membenarkan perkara itu berterusan, ia sama seperti pencabulan serius terhadap perlembagaan.
Nik Nazmi diwakili peguam N. Surendran, Eric Paulsen dan Syahredzan Johan manakala responen pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.
Surendran memberitahu pemberita bahawa keputusan ini melakar sejarah memandangkan ini kali pertama masyarakat umum diberi jaminan mereka mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.
Bernama
Fri Apr 25 2014
![Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, penganjur perhimpunan Black 505 Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, penganjur perhimpunan Black 505](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392469803_295x200.jpg)
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, penganjur perhimpunan Black 505 Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, penganjur perhimpunan Black 505](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392469803_295x200.jpg)
Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, penganjur perhimpunan Black 505
Mahkamah Rayuan hari ini menggugurkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad atas tuduhan gagal memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa.