GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang didakwa membunuh ibunya dua minggu lepas, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan.
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini, agar tertuduh menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Terdahulu, Soon Yong Aun, 40, yang tidak diwakili peguam, mengaku faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Lelaki itu didakwa membunuh ibunya Chua Ah Ting, 67, di sebuah rumah di Taman Alor Vista di sini pada lebih kurang jam 5.47 petang, 15 Jun.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Darrshini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin, selain dirujuk ke Hospital Bahagia mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
"Dalam siasatan pendakwaan, tertuduh mempunyai kad merah iaitu kad ubatan terkawal yang merujuk kepada sakit mental," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk perhatian doktor selama sebulan dan kes ditangguh sehingga 24 Julai, untuk laporan perubatan.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, di sini dan suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.
Polis yang menerima panggilan daripada abang suspek kemudiannya bergegas ke lokasi untuk siasatan, sebelum berjaya menahan lelaki berusia 40 tahun di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Yong Aun (tengah) dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan selepas didakwa membunuh ibunya dua minggu lepas. -Foto Sinar Harian
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Mahkamah perintah lelaki bunuh ibu dihantar ke Hospital Bahagia
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang didakwa membunuh ibunya dua minggu lepas, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani rawatan psikiatri selama se
Pukul ibu sedang solat, penganggur diarah buat pemeriksaan psikiatri
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Noraina dengan alat yang jika digunakan sebagai senjata boleh sebabkan kematian.
Ceroboh masjid, dakwa suara bilal mengganggu: Wanita dirujuk ke Hospital Bahagia
Tertuduh didakwa membuat pernyataan bahawa imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi membaca al-Quran seperti anjing menyalak.
Yasin masih di Hospital Bahagia
Mahkamah diberitahu penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang berdepan kes dadah, masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak.
Yasin diarah rujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan mental
Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, mengarahkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.
Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia
Hafidz sudah ke Hospital Bahagia kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun, keputusan belum dikeluarkan oleh doktor.
Hafidz terharu nota kiriman Sharnaaz, komen Aishah pula tarik perhatian
Sharnaaz mendoakan Hafidz dan bekas isterinya terus kuat menempuh ujian.
Diperintah jalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Hafidz Roshdi luah rasa rindu pada anak
"Tidak pernah sesaatpun abah melupakan kalian."
Mahkamah perintah Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia
Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi isterinya dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, 2 Mac lalu.
Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.