Mahkamah Sesyen hari ini melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 terhadap blogger kontroversi Alvin Tan, yang didakwa mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, kerana masih gagal hadir ke mahkamah tanpa alasan yang munasabah.
Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati dua individu yang menjadi penjamin Tan dalam kes itu gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
"Selepas mendengar penjelasan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan... Bagaimanapun, mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan RM20,000 daripada RM30,000," katanya.
Tan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin iaitu sepupu, Loo Ching Ching, 44, dan ibunya, All Kim Lian, 57.
Mahkamah menetapkan 3 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nee memohon mahkamah melucutkan hak jaminan terhadap Tan secara keseluruhan memandangkan kedua-dua penjamin gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sebanyak dua kali dan menyerahkan jaminan itu kepada kerajaan atau Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua-dua penjamin, iaitu sepupu dan ibunya, merupakan orang yang terdekat untuk memastikan kehadiran tertuduh dan mereka tiada usaha dibuat selain menghubungi mangsa dan menghantar mesej," katanya.
Bagaimanapun, peguam Chong Joo Tian berkata penjamin terbabit hanya gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah namun mematuhi syarat tambahan lain iaitu melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis.
Selain itu, Chong berkata penjamin berjaya memastikan anak guamnya tidak menggunakan sebarang aplikasi teknologi bagi memuat hantar sebarang komen yang boleh mengundang masalah.
Hari ini, sepupu dan ibu Tan hadir ke mahkamah untuk memberi sebab mengapa wang jaminan itu tidak sepatutnya dirampas oleh mahkamah.
All berkata beliau sehingga kini masih mencari, menghubungi dan menghantar mesej kepada anak lelakinya itu biarpun tiada jawapan.
"Saya tidak tahu lokasi dia... saya gagal menghubungi dia, saya tinggalkan mesej tetapi dia tidak balas... saya merinduinya," katanya.
Pada prosiding hari ini, Yong turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan bantuan polis antarabangsa atau Interpol bagi mengesan tertuduh.
Pada 13 Jun lepas, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap blogger itu kerana gagal hadir untuk mengembalikan semula pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan bagi tujuan melakukan penggambaran di Singapura.
Blogger berusia 26 tahun itu juga gagal hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut pada 18 Julai.
Tan dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.
Pasangan itu turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai tahun lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.
Pada 23 April lepas, pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menggugurkan satu daripada tiga pertuduhan terhadap Tan dan Lee mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan.
Bernama
Fri Aug 22 2014
Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook pada Julai tahun lepas. - Gambar Fail
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Chegubard, Adam Adli dan Muhammad Safwan diperintah bela diri
Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah mendengar keterangan daripada 18 saksi pendakwaan.
Mahkamah lucut hak jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Alvin Tan
Mahkamah Sesyen hari ini melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 terhadap blogger kontroversi Alvin Tan kerana gagal hadir ke mahkamah.