Penubuhan Mahkamah Khas jenayah Pemerdagangan Manusia menjelang Jun depan membuktikan Malaysia serius terhadap isu pemerdagangan manusia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa perlaksanaan tersebut bukan bertujuan untuk meningkatkan penarafan negara di mata dunia sebaliknya bertumpu kepada keprihatinan pihaknya mempercepatkan perbicaraan kes tertangguh berikutan kesulitan hakim di dalam mahkamah tersebut.
Menurutnya, mahkamah khusus itu juga bakal melicinkan proses pendakwaan serta mempercepatkan proses perbicaraan kesemua suspek yang menyeludup mangsa-mangsa ke negara ini.
"Mahkamah ini cukup penting untuk menterjemahkan keseriusan kita bagi membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ianya dilakukan oleh individu atau ejen tempatan, atau yang berada di luar Malaysia.
"Ini kerana, soal pemerdagangan manusia merupakan satu isu lama dan kes-kes ini (sebelum ini) dibicarakan di mahkamah sivil dengan hakim yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.
"Maka, KDN telah mencadangkan agar mahkamah khas ini mempunyai seorang hakim yang kita didedikasikan kepada soal pemerdagangan manusia yang mana hakim itu mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup program Multaqa Permuafakatan di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Batu 17, Sungai Sumun, dekat sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata kes sedemikian akan diteliti berasaskan perundangan sedia ada namun diterima pakai secara khusus bagi menangani permasalahan pemerdaganan manusia.
“Saya secara professional tidak tahu mengenai kes (pemerdagangan manusia) tetapi buat masa ini, banyak kes tertunggak yang tidak dapat dibicarakan. Sehubungan itu, saya berharap soal isu nasional juga akan dapat dibawa ke mahkamah,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai fungsi sebenar mahkamah tersebut, Ahmad Zahid berkata, selain tujuan pendakwaan, ianya juga berfungsi untuk memastikan nasib mangsa penyeludupan terbela.
“Buat masa ini kami telah bekerjasama dengan Good Shepherd, TenagaNita yang akan memberikan perlindungan kepada mangsa selain kebebasan untuk bergerak di negara kita.
“Malah, pihak kedutaan Amerika Syarikat juga telah menawarkan peluang pekerjaan di sebuah hotel di ibu negara selain tawaran daripada pelbagai badan korporat yang menawarkan peluang pekerjaaan kepada mereka yang terjebak pemerdaganan manusia yang telah dapat diselamatkan," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jan 13 2018
Zahid berkata, penubuhan itu membuktikan Malaysia serius terhadap isu pemerdagangan manusia. - Astro AWANI/Shahir Omar
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.