KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda akan memutuskan esok mengenai permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari tahun lepas.
Mahkamah itu akan membuat keputusan sama ada award akhir yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa pada 2022 kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu boleh dikuatkuasakan di Belanda.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir sebanyak AS$14.9 bilion itu, kumpulan Sulu tersebut dilaporkan telah cuba merampas aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg, aset di Belanda dan juga menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada Kedutaannya).
Pada 19 April, Sekretariat Khas Sulu dalam satu kenyataan berkata Mahkamah Rayuan The Hague mendengar hujahan daripada kerajaan Malaysia dan pihak yang menuntut semasa prosiding yang diadakan pada 17 April.
Semasa prosiding, Malaysia telah mengemukakan pembelaan bahawa permohonan pihak Sulu itu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir yang dikeluarkan secara tidak sah di ssisi undang-undang oleh Stampa, adalah terbatal dan permintaan mereka tidak boleh diterima dan oleh itu, mesti ditolak.
Sekretariat itu juga menyebut Malaysia komited dalam melindungi kedaulatannya dan menegakkan proses timbang tara di peringkat antarabangsa serta berhasrat untuk mendedahkan percubaan kotor kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan award palsu yang terbatal dan tidak sah itu.
"Ini adalah satu percubaan untuk memeras ugut sebuah negara berdaulat dan kewujudan berterusan award palsu itu telah mencemar reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global," katanya.
Pada 14 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, penuntut Sulu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka.
Beliau berkata hasil daripada usaha tersebut, kerajaan Malaysia menerima berita baik apabila Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Stampa.
Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis pada 6 Jun lepas itu satu kejayaan penting dan signifikan bagi Malaysia sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan kerajaan Malaysia dalam mendepani isu berkenaan, katanya.
Pada 6 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermakna penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.
"Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.
"Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah," katanya.
Menteri itu berkata apa yang lebih penting ialah keputusan itu membayangkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award akhir dan kerajaan Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin yang akan menggagalkan usaha penuntut untuk menguatkuasakan award tersebut di seluruh dunia.
Pada 2019, kumpulan itu membawa perkara tersebut kepada penimbang tara Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.
Stampa, yang dilantik oleh penuntut itu telah pada 28 Feb 2022 membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dan mengeluarkan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia hasil daripada timbang tara tidak sah kepada lapan, pihak yang menuntut walaupun sebelum ini pembatalan pelantikannya sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol.
Kumpulan itu kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah Paris dan pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia terhadap penguatkuasaan award itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Mahkamah itu akan membuat keputusan sama ada award akhir yang dikatakan dikeluarkan oleh Stampa pada 2022 kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu boleh dikuatkuasakan di Belanda. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kerjasama rapat Kerajaan Persekutuan, Sabah berkesan tangani tuntutan kumpulan Sulu - Armizan
Pendirian GRS konsisten bahawa tuntutan ke atas Sabah dan Malaysia serta cubaan mempertikai kedaulatannya oleh mana-mana pihak adalah tidak berasas.

Kerajaan bangunkan laman sesawang khusus berkaitan tuntutan kumpulan Sulu - Azalina
Kerajaan telah membangunkan sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu yang akan dilancarkan esok.

Minggu pertama Dewan Rakyat cipta sejarah
Malaysia belum memiliki undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual.