TAWAU: Kerjasama rapat antara kerajaan Persekutuan dan Sabah terbukti berkesan dalam mendepani isu tuntutan kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kerjasama baik antara Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan Pejabat Peguam Negara di peringkat Persekutuan telah membolehkan keputusan mahkamah di beberapa negara Eropah yang dijadikan 'forum shopping' oleh kumpulan Sulu itu berpihak kepada Malaysia.
"Hasilnya beberapa mahkamah tertinggi seperti di Perancis baru-baru ini memutuskan memihak kepada kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas program taklimat kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini hari ini.
Armizan, yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS, dalam pada itu berkata sejak awal lagi, pendirian GRS konsisten bahawa tuntutan ke atas Sabah dan Malaysia serta cubaan mempertikai kedaulatannya oleh mana-mana pihak adalah tidak berasas.
Kumpulan lapan individu warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.
Sementara itu, Armizan menggesa kerajaan Sabah menurun taraf surat kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan pada 2019 semasa Sabah diterajui Parti Warisan daripada sulit kepada pengelasan terbuka, bagi menjawab persoalan kadar pemberian khas kepada Sabah.
"Surat tersebut perlu diturun taraf untuk membolehkan ia dikongsikan kepada umum supaya rakyat Sabah boleh melihat fakta sebenar, kadar itu (pemberian khas) jauh lebih rendah berbanding penyelesaian interim di bawah kerajaan pimpinan GRS iaitu bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada 2022," katanya.
Beliau berkata penyelesaian interim yang dilakukan pihak GRS pada tahun lepas itu memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah, antaranya program pemberian rumah bagi golongan kurang berkemampuan melalui program Rumah Mesra SMJ.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Armizan berkata sejak awal lagi, pendirian GRS konsisten bahawa tuntutan ke atas Sabah dan Malaysia serta cubaan mempertikai kedaulatannya oleh mana-mana pihak adalah tidak berasas. - Gambar fail/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.

Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.

Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan
Sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November 2024.

Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.

Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.

Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.