PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul dalam permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan perkara itu sebelum peguam yang mewakili Najib, Hisyam Teh Poh Teik berhujah mengenai perkara itu.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Tengku Maimun berkata, pada peringkat ini mahkamah membenarkan pindaan itu namun bukan berhubung merit substantif kes.
Pindaan notis usul berkenaan adalah membabitkan keterangan lisan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Keterangan itu sama ada Rosli menyedari pembabitan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes SRC, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Maybank Group.
Ia membabitkan perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1MDB bagi penubuhan SRC pada tahun 2010/2011.
Selain itu, ia berhubung pemberian pinjaman Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada 2012 sebanyak RM4.7 bilion.
Bagi keterangan Shahrol Azral adalah membabitkan peranannya ketika menjadi CEO 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd serta pegawainya berkaitan perkhidmatan nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.
Prosiding ditangguhkan selama 30 minit sebelum Hisyam menyambung hujahannya.
Selain Hisyam, Najib selaku pemohon turut diwakili peguam Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, M Rueben dan Hannah Kam Zhen Yi.
Bagi respondan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V Sithambaram dan empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022
Najib ketika tiba di Mahkamah Persekutuan pada Isnin bagi perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International. -Reuters
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025
Rayuan Najib dan anak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka akan didengar pada 6 Jan tahun depan.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
Najib: Tugas Lembaga Pengarah urus dana SRC
Najib berkata beliau mempercayai BOD untuk mengendalikan hal ehwal syarikat itu kerana ia terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi.
Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.