PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menunaikan ibadah umrah pada 10 Feb ini.
Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Mohd Isa, 73, selepas mendengar hujahan peguamnya, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff.
Mohamed Baharudeen berkata anak guamnya akan berangkat menunaikan umrah pada 10 Feb hingga 23 Feb ini.
"Anak guam akan pulang ke Malaysia pada 23 Feb ini dan saya mohon pasport dikembalikan pada 7 Mac," kata Mohamed Baharudeen yang hadir bersama peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah permohonan tersebut yang difailkan pada 10 Jan lepas.
Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah berkata Mohd Isa selaku perayu perlu mengembalikan pasport beliau kepada mahkamah pada 7 Mac ini.
Pada Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan Mohd Isa untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya di sebuah universiti di United Kingdom.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun setelah Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021 dan rayuan berkenaan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021 dan rayuan berkenaan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac ini.- Fail/Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.

Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.

'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.

Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.

Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.

Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.

28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.

Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu

PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.