Mahkamah akan melupuskan kes-kes jenayah jalanan secara pantas iaitu dalam tempoh tiga hari bagi tertuduh yang mengaku bersalah dan dua minggu bagi kes yang dibicarakan, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Beliau berkata sebelum ini prosedur pelupusan kes yang melibatkan tertuduh mengaku bersalah akan mengambil masa antara sebulan hingga tiga bulan. Katanya badan kehakiman, setelah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara akan mengeluarkan Arahan Amalan berhubung pelupusan kes itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang mengendalikan kes jenayah jalanan.
Beliau berkata kes jenayah jalanan itu antaranya ialah ragut, rompak tanpa senjata, rompak berkumpulan tanpa senjata dan samun.
"Meskipun pelupusan kes-kes ini akan diuruskan dengan pantas, bagaimanapun ia tidaklah menafikan hak tertuduh untuk diwakili peguam pilihannya sebagaimana yang dijamin di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah lima Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Arifin menjelaskan peguam yang dilantik hendaklah bersedia meneruskan kes sebagaimana yang telah dijadualkan dan jika peguam itu tidak dapat hadir atau tidak mampu untuk mengendalikan kes pada masa yang ditetapkan, tertuduh boleh mendapatkan khidmat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Beliau berkata statistik juga memperlihatkan sebanyak 80 peratus tertuduh dalam kes jenayah jalanan mengaku bersalah dan statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan sebanyak 19,299 kes jenayah itu dilaporkan tahun lepas.
Arifin berkata jenayah itu juga melibatkan mangsa pelancong asing, oleh itu antara objektif melupuskan kes itu secara pantas adalah untuk memudahkan proses keterangan yang melibatkan pelancong asing.
"Ini kerana mereka berada di Malaysia untuk satu tempoh yang sangat terhad. Sekiranya proses pendakwaan mengambil masa yang lama, sudah pastilah akan menyukarkan mereka," katanya.
Beliau berkata selain komited untuk memerangi jenayah jalanan, banyak usaha telah dilakukan oleh badan kehakiman kepada masyarakat seperti penerbitan risalah berkaitan prosiding mahkamah seperti bon jaminan, prosedur tahanan reman dan beberapa prosiding lain untuk memudahkan orang awam memahami prosedur mahkamah.
Bernama
Fri Apr 10 2015
Mahkamah akan melupuskan kes jenayah jalanan dalam tempoh 3 hari bagi tertuduh mengaku bersalah dan dua minggu bagi kes yang dibicarakan.
Tiada perincian, kerangka jelas - Radzi Jidin
Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan pada Jumaat itu.
Belanjawan yang angkat martabat dan junjung hak rakyat
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan sentuh semua rakyat, rapat jurang Sabah dan Sarawak
Timbalan Perdana Menteri I itu berkata, belanjawan kali ini juga tidak meminggirkan masyarakat desa malah merapatkan jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Platform menyeluruh bagi negara hadapi cabaran tahun depan
Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
PNB umum dividen ASB 4.25 sen, bonus 0.75 sen
PNB mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Khalid dakwa Takiyuddin cuba takutkan rakyat
Khalid Samad mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan seolah-olah cuba mendiamkan bantahan orang ramai terhadap proklamasi darurat.
Tun Arifin janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin
Pelantikan Arifin dan 18 individu lagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.
RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.
RCI Wang Kelian: 'Kenapa klasifikasi sebagai Kertas Enkuiri Polis?'
Isu tersebut berbangkit ketika sesi pendengaran awam saksi ke-12, Superintendan Rizani Che Ismail yang pada kejadian itu, beliau merupakan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.
RCI Wang Kelian memasuki hari kedua
Hari kedua sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian menampilkan tiga lagi saksi.
RCI Wang Kelian: Lapan terma rujukan jadi teras - Arifin Zakaria
Arifin berkata pihaknya akan meneliti semua dokumen dan bukti serta menyiasat berkaitan dengan kes tersebut.
Peguam Negara: Tidak perlu asingkan perundangan dan kehakiman
Bagi Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, tujuan utama di sebalik pengekalan bahagian perundangan dan kehakiman dalam satu khidmat yang sama adalah bagi memastikan pegawainya serba boleh.
Tiga penerima anugerah 'Tun' tahun ini
Ketiga-tiga tokoh itu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.