Pihak pentadbiran kolej kediaman di Universiti Malaya (UM) diminta memulangkan semula wang bayaran yuran makan malam sebanyak RM120 kepada kira-kira 7,000 mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM Muhammad Ahnaf Mohd Yunus berkata yuran itu telah dicaj secara automatik bersama yuran pengajian dan penginapan kolej pada minggu ketiga semester pertama iaitu Febuari lepas tanpa kebenaran pelajar.
Muhammad Ahnaf yang juga pelajar tahun empat Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu mendakwa pelajar tidak diberi pilihan dan dipaksa menyertai majlis makan malam atau dikenali sebagai Malam Anugerah yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang di ibu negara.
"Ini tindakan tidak relevan dan berperikemanusiaan kepada pelajar sedangkan wang itu boleh digunakan untuk membeli buku atau digunakan sebagai kos sara hidup," katanya.
Terdahulu, Muhammad Ahnaf bersama 10 wakil pelajar bagi setiap kolej kediaman di UM berhimpun di hadapan Bangunan Canselori universiti itu pada Khamis untuk menyerahkan memorandum bantahan yuran makan malam kepada Naib Canselor UM Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim.
Memorandum itu bagaimanapun hanya dapat diserah kepada pegawai tadbir UM Muhammad Izzat Izzuddin Hamdan yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti Prof Dr Ir Abdul Aziz Abdul Rahman.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Baharu UM Wong Yan Ke berkata bantahan mengenai yuran makan malam telah disuarakan kepada pihak pentadbiran kolej pada tahun lepas tetapi perkara itu masih berlanjutan sehingga kini.
"Jumlah itu bukan kecil dan setakat ini tiada respons daripada pihak pentadbiran kolej mengenai perkara itu," katanya.
Wong pelajar Tahun Empat Fakulti Kejuruteraan berkata pihaknya mencadangkan tiga alternatif penyelesaian isu yuran tersebut iaitu memansuhkan kehadiran mandatori mahasiswa ke majlis makan malam, mengurangkan yuran makan malam dan perbelanjaan, serta laporan kewangan perbelanjaan majlis itu disemak oleh pelajar supaya lebih telus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2019

Mahasiswa UM mendakwa mereka tidak diberi pilihan dan dipaksa menyertai majlis makan malam atau dikenali sebagai Malam Anugerah yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. - Gambar fail
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Mahasiswa UM tuntut yuran majlis makan malam dipulangkan
Yuran itu telah dicaj secara automatik bersama yuran pengajian dan penginapan kolej pada minggu ketiga semester pertama iaitu Febuari lepas tanpa kebenaran pelajar.