Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa mengubah mentaliti makan gaji selepas tamat pengajian dan sebaliknya menjadi usahawan yang mampu menawarkan pekerjaan kepada individu lain.
Perdana Menteri berkata mahasiswa perlu mencabar diri untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih bermakna.
Misalnya, katanya, usahawan ikon global China, Jack Ma, bermula secara sederhana dalam satu apartmen kecil tetapi hari ini, beliau merupakan pengerusi Eksekutif Alibaba serta merupakan antara tokoh terkaya di dunia.
"Saya percaya bidang keusahawan boleh menjadi pemangkin kepada kekayaan diri sendiri dan negara," katanya dalam sesi Bicara Santai Bersama Perdana Menteri sempena Malam Gala VEST 2017 (Bakat dan Kemahiran Keusahawan Varsity) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, dekat sini, Ahad malam.
Pelakon Fizo Omar tampil sebagai moderator sesi berkenaan yang turut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
VEST 2017 merupakan inisiatif KPDNKK bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Ia adalah salah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan pemacu kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai insiatif dan latihan untuk membangunkan generasi TN50 agar sentiasa berkemahiran serta berharap mahasiswa yang terbabit dalam VEST akan menjadi usahawan hebat pada masa depan.
Katanya, mereka mesti mempunyai kesungguhan untuk berjaya dengan memiliki mentaliti juara termasuk di peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.
Justeru , beliau berkata kerajaan sedia menimbangkan bantuan yang boleh diberikan kepada universiti yang menjadi juara.
Dalam pertandingan keusahawan, tiga daripada 10 pasukan yang mara ke pusingan akhir program keusahawan VEST 2017 membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan perdana menteri malam ini.
Universiti Teknologi Petronas yang membawa idea Solvieno iaitu menyediakan 450,000 peluang pekerjaan dalam talian merangkul tempat pertama dan menerima hadiah wang tunai RM25,000.
Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat kedua dengan pembentangan idea 'Serdang Cendol' yang membawa hadiah RM15,000 diikuti RM10,000 oleh UKM dengan 'Fast Print'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017
(kiri) ketika bicara santai sempena Malam Gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents' (VEST) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia malam Ahad. - Bernama
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
300 van baru akan mula beroperasi pada Mac - Anthony Loke
Tahun ini, Prasarana melalui Rapid Bus akan memperkenalkan sehingga 300 buah van baru di kawasan Lembah Kelang berdekatan stesen-stesen pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah "first mile and last mile", kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tambah beliau, selepas beberapa bulan beroperasi dengan 20 van, ramai yang suka dengan perkhidmatan ini.
#AWANInews
#AWANInews
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pernas bakal lancar program baharu sasar pesara, belia dan wanita
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bakal melancarkan program baharu yang memberi keutamaan kepada golongan pesara, belia dan wanita pada Jun ini.
Dr Mahathir harap lebih ramai orang luar bandar berniaga
Dengan cara itu, jurang kekayaan antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikecilkan, sekali gus memastikan kemakmuran untuk negara.
Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara
Mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka.
Siswazah jual nasi lemak dan jadi pemandu Uber perlu dipuji
Sepatutnya tiada pihak memperkecilkan kerja sedemikian yang dilakukan golongan itu sebaliknya perlu memberikan kata semangat dan motivasi kepada mereka kerana tidak mengharapkan pendapatan makan gaji.
Mahasiswa perlu ubah mentaliti makan gaji - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa mengubah mentaliti makan gaji selepas tamat pengajian dan sebaliknya menjadi usahawan yang mampu menawarkan pekerjaan kepada individu lain.