PUTRAJAYA: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bakal melancarkan program baharu yang memberi keutamaan kepada golongan pesara, belia dan wanita pada Jun ini.
Pengarahnya, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, berkata inisiatif tersebut adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang terkesan dengan ekonomi global masa kini.
"Di mana program ini akan kita perkenalkan kepada golongan yang tersasar seperti pesara kerajaan yang membabitkan anggota tentera, belia-belia lepasan universiti agar mereka boleh melihat usahawan atau perniagaan francais ini salah satu bidang pekerjaan selain makan gaji.
"Selain itu, kita juga cuba untuk targeted segment bagi kaum wanita iaitu kaum ibu yang berada di rumah supaya mereka juga boleh menyertai francais-francais yang kita ada untuk menjana pendapatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pernas di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini pembiayaan bagi program berkenaan masih dalam penelitian pihak Pernas dengan mengambil kira bilangan penyertaan yang boleh menyertai program tersebut.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menterinya, K. Saraswathy dan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Seri Suriani Ahmad serta Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.
Dianggarkan seramai 2,000 jemputan yang hadir terdiri daripada rakan-rakan strategik dan perniagaan serta kementerian bersama agensi dengan bertemakan ' Manisnya Syawal'.
Abu Bakar berkata istimewanya rumah terbuka tersebut adalah para tetamu disajikan dengan produk makanan dan minuman daripada jenama francais dan pra-francais di bawah Pernas.
"Antara produk francais yang terlibat dalam rumah terbuka ini adalah Gloria Jean's Coffee dan 1901. Selain itu tetamu juga berpeluang merasai keenakan makanan dan minuman daripada usahawan program Business in Transformation (BIT) Pernas iaitu MD Putu Bambu World, Mr Tako dan Old Time Sekuang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Inisiatif tersebut selaras dengan saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang terkesan dengan ekonomi global masa kini. - Gambar Twitter Bernama
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.
Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024
Program itu berdiri sebagai sistem sokongan penting untuk keusahawanan Bumiputera.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.