Kepimpinan kerajaan perlu berfikir panjang sekiranya ingin melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak populis di mata rakyat, kata Mahasiswa Nasional.
Mahasiswa Nasional juga menggesa supaya sebarang kenyataan media yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan dan UMNO perlu menjaga sentimen rakyat.
Selain itu, kumpulan mahasiswa itu juga mengariskan beberapa cadangan antaranya mendesak UMNO supaya menyelesaikan segera kemelut perpecahan dalaman dengan melaksanakan penyatuan semua ahlinya.
"Kami sebagai mahasiswa tidaklah menyokong kepimpinan parti UMNO secara membuta tuli. Kami juga bersedia memberikan cadangan penambahbaikan yang perlu dibuat oleh kepimpinan UMNO secara keseluruhannya.
"Penglibatan mahasiswa dan anak muda dalam kepimpinan parti perlu diperbanyakkan lagi supaya parti disinari wajah-wajah baharu dari golongan muda, sekali gus mampu menarik sokongan anak muda kepada UMNO.
"Kepimpinan kerajaan perlu berfikir panjang sekiranya ingin melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak populis di mata rakyat," kata Mahasiswa Nasional dalam satu kenyataan media hari ini.
Kumpulan itu juga menegaskan bahawa kepimpinan UMNO tidak pernah hilang sokongan daripada Mahasiswa Nasional.
Mahasiswa Nasional menyedari isu-isu semasa memberikan kesan kurang baik kepada negara, namun percaya pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan mampu menyelesaikan dan mengatasinya.
"Dalam agama Islam sendiri menyatakan setiap tuduhan perlu disertakan bukti dan saksi. Hukuman akan dijatuhkan selepas siasatan dibuat beserta dengan pembuktian, bukannya dengan menjatuhkan hukuman dahulu kemudian baru siasat.
"Kepimpinan UMNO tidak pernah hilang sokongan dari Mahasiswa Nasional dan pada hari ini kami dari pelbagai entiti berbeza ingin menyatakan sokongan kepada kepimpinan UMNO," kata mereka yang meminta semua pihak bersabar dan menunggu hasil siasatan terlebih dahulu.
Entiti yang hadir adalah daripada Sekretariat Mahasiswa Nasional, Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP), Najib Razak Club (NRC) dan pelbagai lagi persatuan lain yang diketuai oleh pemimpin mahasiswa.
Astro Awani
Fri Jul 10 2015

MAHASISWA NASIONAL: "Kepimpinan kerajaan perlu berfikir panjang sekiranya ingin melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak populis di mata rakyat."

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tawaran persefahaman rentas parti demi rakyat dan negara - Gerakan
Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

Hanya pihak terdesak, terancam persoal status pendaftaran PN - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.

COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.

Semakin ramai ingkar PKP? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Seramai 88 individu ditahan, empat daripadanya direman manakala selebihnya dikenakan tindakan kompaun selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak patuh SOP PKP: 24 premis perniagaan, dua tapak binaan diberi amaran
24 premis perniagaan dan dua tapak binaan diberi amaran selepas didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pemeriksaan khas pada Selasa.

Lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu. Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.

186 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 186 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.

GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan

UMNO tak mahu 'jilat ludah sendiri' terima Bersatu - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.