Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi.
Perkara ini disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi Astro AWANI.
Allahyarham, 61 tahun meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.
“Mahadzir berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja," menurut Ida.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.
Kru Astro AWANI kini berada di Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung kematian Mahadzir.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang ini melalui penerbangan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejurus semua pengurusan selesai oleh ahli keluarganya.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1957 dan memulakan pendidikan di Methodist Boys' School di Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Abdullah di Kuantan, Sabah College di Kota Kinabalu dan Victoria Institution di Kuala Lumpur.
Allahyarham kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Langside dan Clydebank Technical College di Glasgow, Scotland, United Kingdom.
Allahyarham ialah graduan Universiti Ohio di Athens, Ohio, Amerika Syarikat dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.
Antara kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai seorang penyampai berita di sebuah stesen televisyen swasta dan merupakan antara personaliti yang disegani ramai sehingga kini.
Selain itu, Allahyarham juga merupakan pengacara untuk majlis-majlis besar negara yang antara lain seperti Tilawah Quran Tahunan Antarabangsa serta majlis rasmi yang melibatkan ketua negeri dan ketua-ketua kerajaan Malaysia.
Pada tahun 2007, Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Allahyarham juga menerima anugerah Kesatria Setia Diraja (KSD) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10 iaitu Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul.
Allahyarham turut fasih berbahasa Perancis, selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Atas usaha Allahyarham dalam mempromosikan bahasa dan kebudayaan Perancis, Mahadzir dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques " oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2006.
Astro Awani
Fri Aug 03 2018
![Mahadzir Lokman meninggal dunia Mahadzir Lokman meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533270595_mahadzirlokman.jpg)
Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi. - Gambar fail
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720675900_GempaSabah.jpg)
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
![Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718339147_TBMohdArifin.jpg)
Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.
![Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713411322_JosephKurup.jpg)
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
![Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711608559_tbKebakaranTerbuka.jpg)
Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka
JBPM Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
![Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677689683_DROWNING.jpg)
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
![Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651364477_paipair.jpg)
Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pengurangan pengeluaran air terawat itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
![Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709759093_permainansotong.jpg)
Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair
Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong.'
![Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706872319_Pelajarmerokokdala.jpg)
Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru
Lelaki yang bertindak mengugut seorang guru selepas anaknya tertangkap merokok di dalam sekolah mengaku tidak bersalah pada Jumaat.
![Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706415252_TBEllaPuteriKota.jpg)
Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah
Konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di Kota Kinabalu berjaya membawa semula memori era rock tahun 90-an sebahagian besar penonton.
![Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695294406_Duaberadikrentung.jpg)
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.