BALIK PULAU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi kenaikan hingga 40 peratus harga sayur-sayuran ketika ini, dipercayai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands, Pahang.
Timbalan Menteri II kementerian itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara itu di semua peringkat rantaian iaitu daripada pengeluar hingga kepada pengguna.
"Kami (MAFI) sudah mendapat maklumat mengenai permasalahan itu dan sedang memperhalusinya segera supaya jalan penyelesaian dapat diambil...kita tidak menafikan di mana-mana pun akan ada masalah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.
"Jadi, MAFI dan FAMA akan mengambil tindakan, malah kami juga menyediakan bilik gerakan yang beroperasi penuh melibatkan beberapa pegawai bagi memastikan sebarang masalah dihadapi sepanjang rantaian iaitu daripada peringkat pengeluar kepada pengguna akan diselesaikan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di Pasar Nelayan Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau meninjau aktiviti bekalan makanan dan rantaian pemasaran ikan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung dan kawasan pendaratan ikan di Teluk Kumbar, di sini.
Che Abdullah berkata, sektor pertanian dikategorikan sebagai perkhidmatan penting dan ia perlu diteruskan seperti biasa namun prosesnya berkemungkinan berbeza kerana pelaksanaan PKP, PKPD dan sebagainya.
"Prosesnya mungkin mengambil masa kerana SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan kerajaan juga terpaksa mengetatkan SOP kerana tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan daripada sektor pertanian tapi sebenarnya untuk tujuan lain. Situasi ini menyukarkan tetapi dari segi operasi, sektor pertanian memang dibenarkan beroperasi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata sebanyak 41,364.82 tan metrik ikan bernilai RM164 juta direkodkan didaratkan di seluruh negara sejak Januari hingga Mei lepas.
Beliau berkata bekalan ikan untuk rakyat negara ini mencukupi setakat ini walaupun PKP dilanjut hingga hujung bulan ini.
Sejak Isnin lepas, beberapa harga sayur-sayuran antaranya tomato, timun jepun, cili, kubis, kacang buncis, lada benggala dan semua jenis salad meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus, dipercayai kerana pengeluaran terpaksa dihenti serta-merta berikutan PKPD di Cameron Highlands.
Media melaporkan punca utamanya kerana 12,000 pekerja asing dan tempatan di kawasan tanah tinggi itu tidak dapat keluar bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021

MAFI bersama FAMA memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara itu di semua peringkat rantaian iaitu daripada pengeluar hingga kepada pengguna. - Gambar hiasan/Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.