ALOR GAJAH:Kerajaan menafikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Risiko Rendah Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), sesak seperti ditularkan baru-baru ini.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, malahan pusat kuarantin berkenaan masih mempunyai kapasiti 40 peratus untuk menempatkan pesakit.
Menurut beliau, setakat ini kapasiti di PKRC itu telah dipenuhi kira-kira 60 peratus pesakit - terdiri daripada mereka yang tidak bergejala atau bergejala ringan, namun didapati positif COVID-19.
Ujarnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan video itu tular disebabkan sifat segelintir pihak mengharapkan layanan atau tempat rawatan bertaraf kelas pertama.
“Saya telahpun buat siasatan.. orang yang datang ke situ mengharapkan ‘penginapan kelas pertama’.
“Ini (kemudahan yang disediakan) adalah SOP yang kita telah dipersetujui diperingkat tertinggi untuk kita laksanakan. Tetapi jika ada sedikit kekurangan, kita amat peka dan kita akan lebih sensitif untuk menambah baik keadaan itu.
“Jadi tak timbul isu MAEPS itu sesak dan terlalu ramai. Tidak. Cuma digambarkan (video yang tular) ketika orang berdaftar. (Semasa) mendaftar, biasalah, bila duduk ramai-ramai ada yang nak berkumpulan dengan kawan-kawan mereka tapi dalam gambar (video) boleh dinampakkan sebagai sesak. Sebenarnya tidak.
“Hakikatnya, hari ini di MAEPS itu kapasitinya baru sahaja mencapai tahap 60 peratus. Masih lagi ada kekosongan,” ujar Mohd Redzuan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana 5.0 ‘Etno-Sains Bertanjak’ di Anggerik Malaysia, Melekek, Alor Gajah, hari ini.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 41 saat di media sosial memaparkan keadaan di PKRC MAEPS sesak sehingga mencetuskan kebimbangan netizen.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, penambahan pusat kuarantin sementara susulan peningkatan kes positif COVID-19 akan diputuskan mengikut keperluan semasa.
Jelasnya, setakat ini PKRC sedia ada di seluruh negara masih lagi mencukupi dengan kadar kes sembuh direkodkan tinggi, meskipun kadar kes harian turut meningkat.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jan 09 2021

MOHD REDZUAN: Penambahan pusat kuarantin sementara susulan peningkatan kes positif COVID-19 akan diputuskan mengikut keperluan semasa. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

PN sebagai tunjang perlu jadi naratif parti kerajaan hadapi PRU15 - Redzuan
Parti-parti yang berada di dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu meletakkan satu naratif iaitu PN sebagai tunjang bagi menghadapi PRU15.

PKRC dalam negara mencukupi setakat ini - Mohd Redzuan
Kerajaan bersedia menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negara ini mengikut keperluan semasa berdasarkan jumlah kes positif COVID-19.

Mas Ermieyati dipilih Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Mohd Redzuan tewas
Saingan tiga penjuru jawatan itu menyaksikan Setiausaha bahagian itu, A Lukman Ab Ghani hanya memperoleh 227 undi.

Menteri angkuh? Mungkin ada kebenarannya - Redzuan Yusof
Terdapat menteri yang tidak pernah menjawab surat dan mendakwa sangat sibuk sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat.

BEP 2.0 bakal terima suntikan dana RM5 juta - Mohd Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, ia sebagai tanda sokongan kementeriannya terhadap inisiatif bagi membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu ekonomi negara.

MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'
Tegas Mohd Yusoff, pelaburan VentureTech ke dalam Aerodyne dibuat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

RM20 juta daripada MIGHT bukan untuk projek super drone - MED
Peruntukan dana itu adalah bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), dengan DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP.

Gagal di Subang, 'kereta terbang' bakal ke Maldives - Mohd Redzuan
Kenderaan super dron atau 'kereta terbang' UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis lalu.

Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul?
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang akan diperkenalkan oleh kerajaan - kereta terbang atau dron?

Perlu bincang beberapa perkara sebelum muktamad isu kereta terbang - Mohd Redzuan
Kerajaan perlu membincangkan perkara secara menyeluruh termasuk isu ruang udara sebelum memutuskan pengeluaran kereta terbang.