KUCHING: Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan ‘Segulai Sejalai’ di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2023 di Kuching mengakui tertarik dengan perkataan dari bahasa Iban itu yang bermaksud ‘berjalan seiringan’.
“Saya tertarik dengan segulai sejalai saya hendak pastikan segulai sejalai ini dijadikan motto di seluruh negara Malaysia di mana mana negeri apabila kita berbicara soal perpaduan dan kerjasama saya akan sebut segulai sejalai,” katanya.
Dalam perkembangan sama Anwar turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk program penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Beliau turut meminta agar peruntukan untuk rumah-rumah adat bukan Islam di Semenanjung juga diperuntukkan kepada Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
“Program penyukatan tanah NCR ini adalah satu keputusan yang bijak supaya keluhan masyarakat asal di sini dan isu berkaitan kawasan milik mereka diselesaikan dengan baik, maka kita tambah peruntukan untuk program ini, saya setuju kita tambah RM10 juta lagi.
“Pengurusan rumah-rumah ibadat di Sarawak memang terkehadapan, terutama melibatkan projek -projek tertentu saya akan bincang dengan Premier Sarawak, kita akan pastikan supaya apa sahaja bentuk peruntukan yang ada di Semenanjung untuk gereja, kuil dan sebagainya juga akan disalurkan dengan sarawak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk program penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Beliau juga meminta agar peruntukan untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam di Semenanjung diagihkan secara adil kepada Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
“Sebab bila Premier dan Kerajaan Negeri putuskan tentang NCR, saya terima bukan sahaja dengan baik tapi saya anggap (ia) keputusan yang bijak supaya keluhan masyarakat asal di sini mengenai kawasan milik mereka, tanah mereka NCR, telah diselesaikan dengan baik.
“(Datuk Amar Douglas) Uggah (Embas) minta supaya kita tambah peruntukan untuk diukur… saya setuju kita tambah RM10 juta lagi.
“Mengenai rumah-rumah ibadat dasar kita membantu, Sarawak memang ke depan, jadi, untuk beberapa projek tertentu saya akan bincang dengan Premier… kita akan pastikan supaya apa peruntukan yang ada di Semenanjung untuk gereja kuil atau pagoda, kita juga akan salurkan ke Sarawak,” jelasnya.
Untuk rekod sejumlah RM150 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat dan negeri di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) untuk program penyukatan di Sarawak pada tahun 2010 sehingga 2017.
Bagaimanapun, peruntukan daripada kerajaan pusat telah berkurang kepada RM2 juta pada untuk tahun 2023 dengan keluasan keseluruhan NCR dianggarkan sekitar 1.5 juta hektar.
Shafik Ahmad
Wed Jun 07 2023
![Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686150832_DatukSeriAnwarIb.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mencuba alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape majlis Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. - Foto BERNAMA
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
!['Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching 'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694769988_raptai.jpg)
'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching
Pelbagai acara dan persembahan dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu termasuk persembahan artis-artis jemputan terkenal dan juga artis-artis tempatan.
![Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694606054_Persembahanmuzikal.jpg)
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.
![Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870542_TBDUNBSWKjpg.jpg)
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
![10 tembok perlu diruntuh pastikan keberkesanan slogan 'Segulai Sejalai' 10 tembok perlu diruntuh pastikan keberkesanan slogan 'Segulai Sejalai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639365995_DrJeniriAmir.jpg)
10 tembok perlu diruntuh pastikan keberkesanan slogan 'Segulai Sejalai'
Sepuluh tembok perlu diruntuh bagi memastikan keberkesanan cogan kata perpaduan untuk seluruh negara 'Segulai Sejalai' seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
![Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686150832_DatukSeriAnwarIb.jpg)
Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan Segulai Sejalai di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.