BAGAN DATUK: Seorang bekas pekerja swasta ingin memanfaatkan daerah tempat tinggalnya di Bagan Datuk yang merupakan antara hab penanaman kelapa terbesar negara, dengan mengubah tempurung dan batang tanaman itu menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
Mad Saril Ahmad, 63, berkata idea mencipta barangan dan perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul di sini pada 2011.
"Saya lihat di sini (kampung isteri) banyak penanaman kelapa, penjual santan pula bakar tempurung yang tidak digunakan, dari situ saya borong ... pada mulanya, saya bentukkan tempurung menjadi cenderamata kecil seperti rantai kunci," katanya ketika ditemui di bengkel Saril Kraftani miliknya di sini baru-baru ini.
Mad Saril berkata selepas mendapat sambutan, dia mula menghasilkan barangan bersaiz lebih besar seperti replika pokok kelapa dan jambangan bunga, malah turut mengubah tempurung menjadi peralatan dapur seperti mangkuk dan sudip.
Selain itu, bapa kepada tiga anak itu berkata dia juga membuat lampu meja dan barang perhiasan daripada batang kelapa yang boleh mencecah harga hingga RM150.
"Tempahan yang paling banyak diterima adalah daripada pemilik kedai makan yang mahu saya hasilkan mangkuk untuk meletakkan makanan seperti laksa, mi kari dan cendol. Saya juga terima tempahan dari seluruh negara termasuk Kedah, Johor dan Terengganu.
"Bagi cenderamata pula, saya banyak terima tempahan daripada agensi kerajaan, korporat dan swasta," katanya yang dibantu oleh isterinya Fauziah Abdul Aziz, 58.
Menurut Mad Saril, kebanyakan kraf tangan dan barangan dihasilkan menggunakan tempurung dan batang kelapa jenis Malayan Tall yang tahan lebih lama.
Mengenai proses pembuatan, katanya tempurung kelapa perlu dilicinkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan mesin pemotong dan dicantumkan menggunakan gam khas yang dicampur serbuk kayu untuk mengukuhkannya.
"Proses akhir akan disudahi dengan semburan clear spray untuk mengilatkannya sebelum dijemur. Bagaimanapun, barangan dapur seperti sudu, sudip atau mangkuk tidak perlu disembur kerana mempunyai bahan kimia," katanya.
Mad Saril berkata dia bersyukur apabila perniagaan yang diusahakan selama 13 tahun itu mendapat sokongan agensi berkaitan seperti Kraftangan Malaysia dan Jabatan Pertanian yang memberikan bantuan dari segi promosi dan peralatan.
"Alhamdulillah, setakat ini saya boleh meraih pendapatan hingga empat angka sebulan walaupun melalui tempahan awal sahaja, saya merancang untuk membuka galeri sendiri pada masa depan," katanya yang turut aktif memberikan ceramah dan kursus kepada mereka yang berminat menghasilkan kraf tangan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Mad Saril menunjukkan kraf tangan dari tempurung dan batang kelapa yang dihasilkan di bengkelnya di Kampung Sungai Betul baru-baru ini. - Foto BERNAMA

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Lumat, Jailan warisi kemahiran seni anyaman sejak berusia belasan tahun
Lumat dan Jailan yang mahir menganyam dan menghasilkan kraf tangan seawal usia belasan tahun kini menjadikan ia sebagai pekerjaan tetap.

Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.

Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.

Kulit kayu Talun dimanfaat untuk hasilkan kraf tangan
Kulit kayu Talun oleh etnik Lun Bawang digunakan untuk menghasilkan kraf tangan seperti beg tangan, topi, baju dan bekas aksesori.