IPOH: Sejumlah 26 kertas siasatan dibuka Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kes penipuan "Macau Scam" membabitkan anggaran kerugian RM1.3 juta bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata berdasarkan aduan diterima pihaknya pelbagai modus operandi yang digunakan anggota sindiket berkenaan untuk memerangkap mangsa penipuan, antaranya penjenayah akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai bank, pegawai penguat kuasa atau pegawai mahkamah.
"Kebiasaannya, penjenayah akan memalsukan nombor telefon agensi penguat kuasa sebenar seperti nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau mana-mana Ibu Pejabat Polis Kontinjen atau daerah dengan membuat panggilan telefon kepada mangsa menggunakan komputer di mana skrin telefon bimbit mangsa akan memaparkan nombor yang dipalsukan oleh penjenayah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Yahaya berkara mangsa akan dimaklumkan kononnya mereka terlibat dalam kes jenayah, kemalangan maut, mempunyai hutang, tunggakan bayaran cukai pendapatan atau waran tangkap mahkamah seterusnya mangsa akan diarahkan untuk membuat pembayaran atau pemindahan wang dalam masa yang singkat.
Beliau berkata sekiranya mangsa tidak membuat pembayaran, mangsa diugut akan ditahan atau harta benda mangsa akan disita oleh pihak berkuasa serta penjenayah juga akan memberi amaran tegas kepada mangsa supaya tidak membuat laporan polis atau memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga untuk mengelakkan ianya diketahui umum.
"Dengan ini, polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berwaspada apabila menerima panggilan sebegini dan jangan sesekali memberikan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, maklumat akaun bank atau membuat sebarang pembayaran melalui bank.
"Polis menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa peka dan mengambil maklum berkenaan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah penipuan Macau Scam tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Sejumlah 26 kertas siasatan dibuka Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kes penipuan "Macau Scam" membabitkan anggaran kerugian RM1.3 juta bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.