PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjalinkan kerjasama dengan Stop Human Trafficking (SHUT) dalam usaha menghentikan aktiviti pemerdagangan manusia di negara ini.
Untuk itu satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua-duanya pada Persidangan ‘Aviation Against Trafficking In Persons (AATIP-C) 2022’ yang diadakan di sini hari ini.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi MAS, Luqman Azmi dan Presiden SHUT, Dini Dalilah Wan Nordin.
Majlis disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail.
SHUT adalah sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan yang mementingkan keselamatan dengan membuat pencegahan terhadap pemerdagangan manusia di Malaysia.
Persidangan AATIP-C) 2022 antara lain bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai isu kritikal yang melanda sektor penerbangan negara dan diadakan bersempena Hari Anti Pemerdagangan Orang Sedunia 2022.
Sementara itu Hamzah memaklumkan terdapat kenaikan kes yang mendadak dalam aktiviti pemerdagangan manusia sejak beberapa tahun yang lalu.
"Terdapat 165 kes yang telah direkodkan pada tahun 2020, berbanding dengan 17 kes pada 2008. Sebilangan besar daripadanya disumbangkan oleh penyeludupan pendatang, yang melibatkan bantuan sindiket tempatan dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara," katanya ketika berucap merasmikan AATIP-C 2022.
Tambah beliau, kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) yang ditugaskan untuk menggubal dasar program dan memerangi jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak menyatakan bahawa kesan pandemik COVID-19 telah membolehkan penjenayah mengambil kesempatan terhadap kumpulan yang terdesak dengan mengenal pasti, mengawal dan mengeksploitasi mangsa.
"Pemerdagangan orang adalah jenayah yang paling cepat berkembang dan merupakan jenayah terancang kedua terbesar di seluruh dunia.
"Menurut Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2022, tahun lalu, lebih daripada 90,000 mangsa pemerdagangan orang dikenal pasti dan lebih daripada 10,000 kes didakwa, serta 5,000 didapati sabit kesalahan," ujar beliau.
Umar Sadique
Wed Aug 03 2022

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi MAS, Luqman Azmi dan Presiden SHUT, Dini Dalilah Wan Nordin. - Foto MAB
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.