KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai banyak kejayaan dari segi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan dalam tempoh dua tahun pertama pemerintahan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya persefahaman dan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan perjanjian penubuhan Malaysia itu dapat dilaksanakan sebaiknya.
"Beberapa kejayaan dalam tempoh lebih dua tahun melalui Pelan Pembangunan Hala Tujuh Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor pembangunan ekonomi, yang mana perdagangan Sabah pada tahun lalu mencapai rekod tertinggi dalam sejarah iaitu RM118.1 bilion, berbanding RM87.2 billion pada tahun 2021.
"Peningkatan 35.4 peratus ini adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang positif sejak kebelakangan ini dan saya yakin, nilai perdagangan kita akan terus meningkat naik. Sabah juga berjaya menarik lebih daripada RM33 bilion pelaburan dan memperoleh hasil RM7 bilion, ini merupakan pencapaian yang tertinggi sejak mencapai kemerdekaan," katanya di sini malam ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2023 di Padang Merdeka di sini, disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji berkata usaha berkenaan akan digiatkan lagi termasuk meningkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.
"Namun kita tidak pernah berpuas hati, malah akan terus membawa pembangunan dan kemajuan termasuk berusaha menyelesaikan isu serta masalah yang dihadapi rakyat sejak sekian lama di negeri ini," katanya.
Hajiji berkata setelah genap 60 tahun pembentukan Malaysia, negeri Sabah khususnya telah mengecapi pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek.
Katanya proses pembentukan Malaysia pada tahun 1963 bukanlah berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia adalah atas segala usaha dan keringat pemimpin-pemimpin ketika itu menempuh pelbagai liku, rintangan dan cabaran untuk merealisasikannya.
Justeru, katanya menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedamaian, keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi kini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas. - Gambar fail
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas
Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di Tawau.
Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.
Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.
KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah kekal larang rentas daerah - Hajiji
Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.
Kerajaan Sabah sedia adakan sidang DUN
Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
Sabah umum SOP sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, hari ini
Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan 'total lockdown' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu.
Larangan masuk Sabah dari Labuan serta-merta
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.
Gelembung Perjalanan: Sabah pertimbang bawa pelancong dari Singapura
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan sekurang-kurang selepas Hari Raya Aidil Fitri.