SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatat pencapaian bersejarah dengan prestasi agihan dan kutipan zakat tertinggi sejak penubuhannya selama lebih 25 tahun, iaitu melepasi RM1 bilion.
Pengerusinya Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata untuk agihan zakat bagi tahun berakhir 31 Dis 2022, LZS mencatatkan jumlah sebanyak RM1.05 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 13.8 peratus berbanding RM922 juta pada tahun sebelumnya.
Katanya agihan itu telah memberi manfaat kepada 350,000 individu asnaf dan pelbagai organisasi di Selangor menerusi program pembangunan sosial, pendidikan, institusi agama, insan dan ekonomi serta bantuan khas melalui Zakat Selangor Peduli.
Katanya jumlah agihan itu merupakan hasil daripada kutipan zakat sebanyak RM1.07 bilion dalam tempoh yang sama, iaitu peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Kepercayaan tinggi yang ditunjukkan oleh muzakki atau pembayar zakat terhadap LZS turut menyumbang kepada pencapaian tersebut. Ini dapat dilihat menerusi peningkatan bilangan pembayar zakat yang menunaikan zakat dari 364,778 orang pada 2021 kepada 400,580 orang pada 2022.
"...manakala, bagi lebihan kutipan tersebut dijangka selesai diagihkan kepada penerima zakat menjelang bulan hadapan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya pertumbuhan signifikan tersebut disebabkan oleh penggunaan saluran pembayaran digital yang lebih tinggi, justeru membolehkan pembayaran zakat dilakukan dengan lebih mudah menggunakan kad debit atau kredit dengan peningkatan sebanyak 170 peratus dari tempoh 2021 hingga 2022.
Syed Anwar berkata dengan kadar kemiskinan bandar yang semakin meningkat di Selangor, populasi golongan asnaf dijangka akan meningkat sebanyak 400,000 penerima menjelang 2025 dan sebanyak RM1.5 bilion agihan zakat diperlukan.
"Walaupun mencatatkan pencapaian agihan sebanyak RM1 bilion, namun kita perlu sedar bahawa keperluan agihan pada masa hadapan yang semakin meningkat harus ditangani dan kami amat menggalakkan orang ramai menunaikan kewajipan zakat mereka demi membantu masyarakat asnaf," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata bermula mulai 1 Julai ini, LZS akan menggunakan kadar had kifayah baharu, iaitu daripada RM2,734 kepada RM2,990 sebulan, bertujuan untuk membantu lebih ramai asnaf yang berkelayakan.
Susulan pengenalan had kifayah baharu itu, katanya, LZS menjangkakan peningkatan seramai 12,000 penerima zakat baharu yang memerlukan peruntukan agihan zakat tambahan sekitar RM60 juta.
Menurut laman sesawang LZS, had kifayah atau had al-kifayah merujuk kepada suatu keperluan asasi paling minimum bagi sesebuah isu rumah yang ditetapkan LZS berdasarkan kajian lapangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
![LZS catat kutipan, agihan zakat tertinggi, lebih RM1 bilion LZS catat kutipan, agihan zakat tertinggi, lebih RM1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684745936_LZS.jpg)
Untuk agihan zakat bagi tahun berakhir 31 Dis 2022, LZS mencatatkan jumlah sebanyak RM1.05 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 13.8 peratus berbanding RM922 juta pada tahun sebelumnya. - Gambar/ Sinar Harian
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672197933_zakatselangor.jpg)
LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.
![LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727527411_MuhdFikriNaimHaru.jpg)
LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.
![GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat - Lembaga Zakat Selangor GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat - Lembaga Zakat Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672197933_zakatselangor.jpg)
GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat - Lembaga Zakat Selangor
Walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISB, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISB dan anak syarikatnya.
![Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721275415_tbZakatSelangorSa.jpg)
Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan
Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang khunsa musykil yang kini hilang pekerjaan dan menumpang teduh di rumah rakannya.
![LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM191 juta tahun ini LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM191 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712185413_TBzakat.jpg)
LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM191 juta tahun ini
Sasaran itu boleh dicapai, mengambil kira ribuan entiti perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk diteroka LZS di Selangor.
![Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710342015_SultanSharafuddin.jpg)
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
![Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM14, RM21 Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM14, RM21](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709889112_AmilZakatFitrahM.jpg)
Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM14, RM21
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang di makan.
![Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701354481_MajlisSelebritiBer.jpg)
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
![Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695650088_penyanyipopularera.jpg)
Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).
![LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81585723936_zakatselangor.jpg)
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.