Lynas Corporations Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap kumpulan Anti-Lynas 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL) di Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini.
Keputusan itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya di dalam kamarnya.
Peguam Datuk Bastian Vendargon yang mewakili SMSL ketika ditemui pemberita berkata peguam plaintif, Rishwant Singh memberitahu hakim bahawa kedua-dua syarikat itu mengambil keputusan menarik balik saman tersebut yang dikemukakan mereka pada tahun lepas sebelum prosiding bermula.
Bagaimanapun, katanya, pihak Lynas tidak menyatakan sebarang sebab atau alasan mengapa mereka menarik balik saman fitnah itu.
"Hari ini sepatutnya untuk mendengar permohonan pihak kami untuk mendapat dokumen berhubung kes ini sebelum kami diberitahu bahawa pihak Lynas menarik balik saman ini," katanya.
Beliau berkata Mariana memberitahu kos ganti rugi yang akan dibayar oleh Lynas kepada SMSL akan ditentukan oleh pihak pendaftar.
"Pihak kami akan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak pendaftar bagi menentukan jumlah amaun yang sepatutnya dibayar kepada SMSL secepat mungkin, apa yang paling penting kes ini sudah selesai," kata Vendargon.
Pada 19 April tahun lepas, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia menyaman SMSL Sdn Bhd, dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung satu artikel memfitnah yang disiarkan blog kumpulan itu pada 22 Mac tahun lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Lynas memohon perintah injunksi memerintahkan SMSL dan lima yang lain membuang artikel bertajuk 'Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMSL Malaysian NGO Statement Against Lynas' daripada blognya sehingga saman itu dilupuskan.
Pada 26 Julai 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'Hara menolak permohonan Lynas untuk mendapatkan perintah injunksi dan memutuskan bahawa pada peringkat itu, mahkamah tidak boleh merumuskan sama ada artikel itu bersifat memfitnah atau sebaliknya, sehingga mendengar keterangan pada perbicaraan penuh kes itu.
Pada 26 Sept tahun lepas, O'Hara membenarkan permohonan SMSL untuk memindahkan saman itu ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk dibicarakan.
Bernama
Wed Jul 10 2013
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara - Yeo Bee Yin
Kerajaan akan memantau secara rapi pengoperasian kilang memproses nadir bumi Lynas agar mematuhi syarat baharu yang ditetapkan.
Lynas tarik balik saman fitnah terhadap SMSL
Peguam plaintif, Rishwant Singh memberitahu hakim bahawa kedua-dua syarikat itu mengambil keputusan menarik balik saman tersebut.