Mereka yang berumur 65 tahun boleh menunaikan haji asalkan mereka lulus ujian kesihatan dan mempunyai surat perubatan dari mana-mana hospital.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengulas saranan kerajaan Arab Saudi bahawa jemaah yang berumur 65 tahun dan ke atas dinasihatkan agar tidak ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji.

Jelas Jamil, kerajaan Malaysia tidak berpendapat sebegitu malah kerajaan ingin memberi peluang kepada jemaah terbabit pergi menunaikan haji dan mereka juga diutamakan.

Apa yang perlu ialah jemaah haruslah mempunyai sijil kesihatan yang disokong oleh doktor di mana-mana hospital sebagai syarat ke tanah suci Mekah dan bukannya had umur.

Namun bagi mereka yang tidak mempunyai sijil kesihatan, mereka dilarang ke tanah suci Mekah walaupun umur masih muda.

Ikuti laporan sepenuhnya melalui video yang telah disediakan.