IPOH: Lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam hari ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja penyelengaraan perlu segera dilaksanakan.
"Pasukan PLUS Ronda mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi dan bertindak menutup lorong buat sementara waktu, demi keselamatan pelanggan lebuh raya.
"Pada masa ini hanya satu lubang benam dikesan dan PLUS akan terus memantau kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan," menurut kenyataan itu.
Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikuti semua papan tanda amaran lalu lintas di kawasan tersebut.
Kenyataan itu menyebut lorong kiri di laluan itu akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan disahkan selamat untuk kegunaan pengguma lebuh raya.
Orang ramai boleh merujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di laluan yang terjejas.
Aida Aziz
Tue Dec 21 2021
Pasukan PLUS Ronda mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi dan bertindak menutup lorong buat sementara waktu. - Gambar/ PLUS
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu sempena Deepavali
Pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok
Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
13 cedera bas bawa pelancong langgar belakang treler
Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori.
Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan
Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong kecemasan.
Bas ekspres terbabas masuk parit, lima cedera
Seramai lima individu mengalami kecederaan selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan masuk parit di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Yong Peng, awal pagi Ahad.