GEORGE TOWN: Pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik dan memudahkan penduduk kawasan bandar kecil, berhubung dengan pusat bandar serta tanah besar.
Jajaran LRT yang dijangka bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya bersambung ke Penang Sentral di Seberang Perai itu, bakal menjadi pemangkin kepada industri pelancongan negeri ini yang sememangnya kaya dengan Tapak Rizab Biosfera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid berkata, jajaran itu, menyambungkan tempat strategik yang menepati aspek permintaan dan penawaran pengguna, dengan setiap stesen menjadi hub pengangkutan yang efisien serta mudah diakses.
"Justeru itu jaringan sokongan 'kilometer terakhir' dan yang berkaitan perlu diambil kira. Ini termasuk pengangkutan ulang-alik dan kemudahan parkir.
"Jika dilihat kepada pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), projek ini juga akan melibatkan konsept pembangunan transit, di mana stesen LRT akan menjadi tarikan kepada pembangunan untuk kediaman dan pusat pekerjaan," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengasas Thought Partners Group Consulting (TPG) menjelaskan, projek tersebut dapat membantu dari aspek mobiliti hijau dengan pengurangan penggunaan kenderaan dan pengeluaran karbon sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), jika semua perkara didasarkan kepada dapatan kajian dan dilaksanakan dengan jitu.
Secara teorinya, beliau berkata, dengan adanya stesen di lokasi yang menjadi tarikan pelancong, ia pastinya memudahkan pergerakan pelancong dari satu tarikan ke tarikan yang lain, termasuk Stesen Penang Sentral yang menawarkan pergerakan seterusnya melalui mod pengangkutan yang berbeza.
Mengulas mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan mengambil alih secara rasmi projek LRT tersebut daripada kerajaan negeri, Abi Sofian berkata ia akan memastikan pelbagai aspek pengurusan projek akan dijalankan dengan lebih baik, memandangkan ia melibatkan MRT Corp yang cukup berpengalaman dalam menyediakan pengangkutan pantas di Lembah Klang.
Sementara itu, Perunding Perniagaan Industri Pelancongan dan Pengangkutan, YS Chan berkata, selain memberi manfaat kepada penumpang, pelancongan industri pastinya akan mendapat rangsangan, memandangkan Pulau Pinang telah mempamerkan kecemerlangan dalam pembuatan produk berteknologi tinggi, yang bukan sahaja diiktiraf di Malaysia tetapi juga di peringkat global.
"Pengunjung tidak perlu lagi mengharungi kesesakan lalu lintas kerana perjalanan menggunakan LRT adalah mudah dan mereka akan teruja melihat sebilangan besar penduduk tempatan menikmati kemudahan itu. Bagaimanapun, perancangan keseluruhan laluan LRT mestilah dilakukan dengan teliti dan lokasi stesen yang dirancang mestilah strategik," katanya.
Bila ditanya sama ada pembinaan LRT akan menjejaskan operasi perkhidmatan feri, Chan yang merupakan Jurulatih Induk Pelancongan ASEAN, percaya ia bukanlah suatu isu kerana perkhidmatan feri hanyalah pelengkap kepada perkhidmatan jalan raya dan rel.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula menyifatkan projek LRT tersebut, akan memberi pelbagai manfaat dari segi pembangunan sosioekonomi kepada penduduk di Pulau Mutiara itu untuk jangka masa panjang.
Meskipun projek LRT itu tidak dapat menyelesaikan 100 peratus masalah kesesakan lalu lintas, namun beliau yakin ia dapat membantu rakyat yang terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin mendesak.
Projek LRT dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu, dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.
Kemudahan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan tren elektrik (ETS) turut disediakan pada jajaran LRT Mutiara, yang disasarkan beroperasi pada 2030 itu.
Minggu lepas, Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan jemaah menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan pada 22 Mac. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Jajaran LRT yang dijangka bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya bersambung ke Penang Sentral di Seberang Perai itu, bakal menjadi pemangkin kepada industri pelancongan Pulau Pinang. - Gambar faial/Bernama
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.