BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini dapat menghasilkan air terawat dengan kapasiti penuh untuk disalurkan kepada pengguna menjelang 6 petang, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata ketika ini kapasiti pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencapai 61 peratus dengan 48 peratus daripada 660,000 pemegang akaun terjejas dengan bekalan air sejak semalam telah menerima bekalan air.
"LRA Sungai Dua merupakan loji rawatan air terbesar dan terpenting di Pulau Pinang iaitu membabitkan 80 peratus pemegang akaun PBAPP di Pulau Pinang dan kami akan terus meningkatkan pengeluaran di situ (LRA Sungai Dua) untuk mencapai tahap optimum 100 peratus atau purata 988 MLD( juta liter sehari) secepat mungkin.
"PBAPP menyasarkan untuk mencapai objektif ini menjelang pukul 6 petang hari ini dan seterusnya dapat menyalurkan bekalan air kepada pengguna yang masih mengalami gangguan sejak semalam secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.
Terdahulu Chow yang juga Pengerusi PBAPP mengadakan lawatan di LRA Sungai Dua bagi melihat operasi loji itu selepas ia dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah Isnin lepas.
LRA itu dihentikan operasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan keadaan tersebut menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang mengalami gangguan serta terjejas bekalan air.
Jaseni berkata berlaku sedikit kelewatan dalam memulihkan bekalan di LRA Sungai Dua kerana isu kekeruhan air mentah di muka sauk air mentah LRA dan pihaknya merekodkan sehingga 3,700 NTU semalam.
"LRA Sungai Dua mula menjalankan operasi air terawat selepas NTU semakin menurun dan sekarang ini direkodkan 700 hingga 800 NTU, kami harap tidak berlaku hujan lebat di kawasan berhampiran Sungai Muda kerana jika ia berlaku akan meningkatkan NTU berikutan kekeruhan disebabkan selut serta pasir," katanya.
NTU merujuk kepada "Unit Kekeruhan Nephelometric" atau "Nephelometric Turbidity Unit", unit yang digunakan untuk mengukur kehadiran zarah atau jirim terampai dalam air.
Jaseni berkata PBAPP akan terus memantau kekeruhan air yang diabstrak dari Sungai Muda, Kedah dan akan terus melepaskan air dari Empangan Mengkuang untuk memastikan tahap kekeruhan air mentah yang selamat untuk LRA Sungai Dua.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung kecaman orang ramai atas tindakan PBAPP lambat memaklumkan masalah gangguan dan bekalan air di Pulau Pinang, Jaseni berkata kejadian tersebut sama sekali tidak dijangka.
Beliau berkata memandangkan LPA Sungai Dua merupakan LPA terbesar dan terpenting di negeri ini, mereka tidak boleh mengambil keputusan tergesa-gesa sebelum membuat pemeriksaan lanjut serta perbincangan secara teliti terlebih dahulu.
"Kami perlu membuat keputusan berdasarkan fakta dan apabila kami melihat kekeruhan yang luar biasa tinggi, kami memutuskan untuk menutupnya buat sementara waktu (empat jam), ketika itu kami menggunakan air dari Empangan Mengkuang.
"Apabila kekeruhan air mentah yang memasuki LPA Sungai Dua mencapai tahap yang boleh diterima tengah hari semalam, kami memulakan semula pengeluaran air di LPA Sungai Dua secara berperingkat dan seterusnya menyalurkan kepada pengguna," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang Isnin, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dihanyutkan air serta kira-kira 70 rumah rosak akibat kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Juruteknik Kanan PBAPP, Azahar Awang Kechik menunjukkan organik ringan yang terapung pada kekeruhan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang terpaksa ditutup buat sementara waktu. - Foto BERNAMA
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Bekalan air di P.Pinang pulih sepenuhnya
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan setakat 11 pagi tadi, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna yang terjejas sebelum ini.
Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini
PBAPP sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum daripada Sungai Muda.
Penduduk 3 daerah di Pulau Pinang hadapi gangguan bekalan air esok hingga Sabtu
Gangguan bekalan air di Pulau Pinang bermula jam 10 malam esok hingga Sabtu itu melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
LRA Sungai Dua pulih sepenuhnya hari ini
PBAPP menjangkakan LRA Sungai Dua dapat menghasilkan air terawat dengan kapasiti penuh untuk disalurkan kepada pengguna menjelang 6 petang, hari ini.
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.