SUNGAI DUA: Penduduk beberapa kawasan di tiga daerah di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di loji rawatan air (LRA) Sungai Dua bermula Jumaat.
Gangguan bekalan air bermula jam 10 malam Jumaat hingga Sabtu itu melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah, manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melakukan kerja-kerja pembaikan melibatkan penggantian injap 1,200 milimiter (mm) dan 1,350mm di LRA Sungai Dua.
"Kerja pembaikan paip berukuran 1,200 mm di Permatang Ara pula adalah paling kritikal dan mengambil masa iaitu selama 18 jam.
"Gangguan selama 48 jam dijangka dapat dipulihkan awal sekiranya kerja-kerja di lapangan berjalan lancar," katanya pada sidang media semasa lawatan di LRA Sungai Dua,di Butterworth pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PBAPP, Ir K.Pathmanathan memberi jaminan kerja kerja pembaikan di LRA Sungai Dua serta dua lokasi lain akan berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual ditetapkan.
Jelasnya, PBAPP telah membuat perancangan awal bagi mengelak gangguan bekalan air berterusan.
Selain itu, PBAPP bersama Kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan bekalan air melalui lori tangki air selepas 12 jam gangguan bekalan air berlaku.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 01 2022
Gangguan bekalan air bermula jam 10 malam hingga Sabtu itu melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. - Gambar hiasan
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh hab udara serantau
Penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang menggunakan syarikat Penerbangan IndiGo, yang bermula hari ini, meningkatkan ketersambungan.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.