KUALA LUMPUR:Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengesahkan bahawa pagar-pagar di sepanjang lebuh raya tersebut telah dirosakkan dan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ketua Komunikasi Korporat, Perhubungan Komuniti dan Awam PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata, bagaimanapun pihak LPT2 telah mengambil tindakan menggantikan pagar yang rosak sepanjang kira-kira 177 kilometer (km) itu antara tahun 2016 hingga 2020, yang menelan belanja RM5 juta.
Namun begitu, katanya, masih wujud kejadian pagar-pagar baharu turut dirosakkan dan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Untuk makluman, pagar asal yang dipasang di sepanjang jajaran LPT2 adalah berwarna hijau.
"Apabila ia dirosakkan atau dicuri, pihak LPT2 telah menggantikannya dengan segera dengan pagar berwarna jingga untuk memudahkan kami untuk mengesannya jika ia dicuri atau dirosakkan.
"Selain daripada itu, pihak LPT2 juga turut menyambung pagar-pagar baharu kepada simen konkrit supaya lebih kukuh, memasang kawat berduri, menggali longkang dan sebagainya bagi mengelakkan ia dirempuh oleh haiwan ternakan.
"Akan tetapi, terdapat juga situasi di mana pihak yang tidak bertanggungjawab membina sendiri jambatan kecil untuk memudahkan haiwan ternakan melintas longkang yang digali dan terus memasuki lebuh raya," jelas beliau.
BACA: Ada pihak sengaja rosakkan pagar LPT2 untuk buka laluan lembu ragut rumput
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan pagar keselamatan sengaja dirosakkan untuk buka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput.
Akibatnya, haiwan ternakan itu bebas memasuki kawasan lebuh raya sehingga membahayakan keselamatan pengguna lebuhraya LPT2 terutamanya pada waktu malam.
Mengulas lanjut, beliau berkata pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak LPT2 dalam mengekang kemasukan haiwan ke lebuh raya tersebut.
Katanya, hasil inisiatif LPT2 sejak 2019 hingga 2020, kadar kemalangan jalan raya akibat kehadiran haiwan ternakan di LPT2 menurun sebanyak 12 peratus.
Dalam tempoh itu juga, lebih 360 laporan polis dibuat, selain mengadakan program advokasi melibatkan penduduk-penduduk kampung di sepanjang jajaran lebuh raya tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata LPT2 sekali lagi menggesa penduduk sekitar jajaran lebuh raya, termasuk pemilik dan penternak lembu dan kerbau di sepanjang jajaran LPT2 supaya tidak merosakkan pagar yang dipasang.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 27 2021
Kadar kemalangan jalan raya akibat kehadiran haiwan ternakan di Lebuhraya Pantai Timur 2 menurun sebanyak 12 peratus antara tahun 2019 hingga 2020. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Krismas, cuti hujung tahun
PLUS sarankan pengguna lebuh raya rancang perjalanan lebih awal dengan memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.