KUALA LUMPUR : Satu kejadian longkang runtuh sehingga membentuk lubang besar dikesan di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Menurut hantaran di Facebook, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan mengenai kejadian itu.

Langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, 'water barrier' dan kon telah diletakkan di kawasan kejadian kira-kira jam 10 malam Isnin.

Pada hujung minggu lalu, negara digemparkan dengan insiden seorang wanita warga India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjerumus lalu hilang ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.