JOHOR BAHRU: Berikutan kesalahan kecuaian penyeliaan dalam penugasan sehingga menyebabkan ‘Long Tiger’ lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak bersama dua lagi pegawai berdepan tindakan tatatertib.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.
Beliau berkata, sebaik disiapkan, kerta siasatan itu akan dihantar ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, untuk penilaian dan tindakan susulan.
"Di Johor, kita beri tumpuan khusus kepada aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang sepatutnya menyelia serta memeriksa lokap sama ada lokap di mahkamah atau lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai.
"Turut berdepan tindakan, seorang anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun dan seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner yang terbabit dalam kecuaian menyebabkan kebocoran maklumat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedah maklumat sulit yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda RM1 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Sementara itu, Ayob Khan turut memaklumkan, seorang bekas anggota polis berumur 47 tahun disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan maklumat dan gambar berkaitan operasi penangkapan ‘Long Tiger’ pada Selasa.
Kata Ayob Khan, penularan gambar ‘Long Tiger’ itu didapati mampu mengganggu siasatan dan operasi yang sedang dijalankan.
Jelasnya, jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
“Suka saya nak nasihatkan, saya telah ambil tindakan terhadap sama ada pegawai polis, orang awam, anggota (polis) yang memviralkan maklumat sulit atau gambar operasi yang diperolehi dalam Facebook.
“Setakat ini seorang pemilik akaun Facebook yang memviralkan gambar tangkapan di Facebooknya... kita sudah buka kertas siasatan ke atas dia di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kita sudah kenal pasti pemilik Facebook ini, berumur 47 tahun berasal (dari) Klang (dan) bekas anggota polis,” kata beliau lagi.
Astro Awani
Wed Dec 29 2021

Kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.

Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.

Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.

Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.

Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.