PUTRAJAYA:Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.
Ini berikutan rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.
Peguam Negara mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Lokman atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menolak rayuan Lokman, memutuskan bahawa notis tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Lokman dan mahkamah mendapati responden (pendakwa raya) mematuhi Perintah 52 Peraturan 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Beliau berkata notis tunjuk sebab tidak perlu dikeluarkan oleh mahkamah tetapi oleh mana-mana pihak yang memohon mahkamah untuk proses penghinaan.
Kenyataan dan afidavit sokongan oleh responden mencukupi untuk memaklumkan Lokman mengenai dakwaan penghinaan yang perlu dijawab, katanya.
"Melihat kenyataan dan afidavit sokongan secara keseluruhan, kami tidak mendapati bahawa ada prasangka terhadap perayu (Lokman)," kata Tengku Maimun.
Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim mendengar rayuan Lokman melalui aplikasi Zoom.
Berikutan keputusan hari ini, Lokman perlu menjawab pertuduhan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi.
Kesnya ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada 27 Jan ini.
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi pada 2019 untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 Sept tahun yang sama.
Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.
Prosiding komital terhadap Lokman itu atas dakwaan beliau mengugut saksi kes berkaitan 1MDB, iaitu bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Menurut Thomas, pada 25 Sept 2019, Lokman Noor dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman Noor telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang merupakan saksi kelapan pihak pendakwaan, berhubung keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.
Menurut Thomas, objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan itu.
Pada 14 Jan 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lokman untuk mengetepikan perintah ex-parte peguam negara untuk kebenaran bagi memulakan prosiding berkenaan.
Lokman juga gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada Mei tahun lepas.
Dalam prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Lokman berhujah bahawa terdapat kekurangan dalam notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pula berhujah bahawa tuduhan yang dihadapi Lokman adalah menggangu saksi dan campur tangan pentadbiran keadilan yang merupakan penghinaan serius terhadap mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021
![Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610609229_LokmanNoorAdam.jpg)
Lokman juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Mei tahun lepas. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725430215_LokmanAdam.jpg)
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
![Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701760572_LokmanAdam.jpg)
Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.
![Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19 Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699336538_LokmanAdam.jpg)
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
![Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698031701_LokmanAdam.jpg)
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.
![Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667810705_MashUp.jpg)
Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.
![Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667810705_MashUp.jpg)
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
![Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662021487_AnnuarMusa.jpg)
Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar
Persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin terhad pada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya.
![Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662012729_LokmanAdam.jpg)
Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan
Lokman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di Facebook niat untuk menyakitkan hati orang lain.
![Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660748213_TBLOKMAN.jpg)
Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.
![Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659366295_TBLokmanNoorAdam.jpg)
Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.