Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan lokasi tapak baharu bazar Ramadan di Jalan Masjid India adalah berhampiran dengan tapak lama.
Menterinya, Khalid Abdul Samad bagaimanapun berkata, lokasi sebenar akan ditentukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Jelasnya, isu kesesakan di Jalan Masjid India menyebabkan bazar Ramadan itu terpaksa dipindahkan.
Pada masa sama katanya, masalah kesesakan berkenaan menyebabkan ada pemilik premis sedia ada di kawasan itu terpaksa menanggung kerugian.
"Kita nak supaya Wisma Yakin itu dan kedai sepanjang Jalan Masjid India yang merupakan peniaga asal termasuk peniaga Melayu kita. Apabila dibuka gerai, maka ia melindungi perniagaan mereka.
"Apabila semua bazar perayaan dibuat di situ, maka yang menanggung kos adalah peniaga Melayu. Sebenarnya, kita nak majukan Melayu," katanya kepada media selepas menghadiri Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak di sini pada Ahad.
BACA: Di mana tapak ganti bazar Ramadan Jalan Masjid India? Ini reaksi menteri
Jumlah tapak baharu Bazar Ramadan berkenaan juga akan melibatkan angka yang sama seperti tahun sebelum ini.
"Kita cuba dapatkan jumlah tapak yang sama. Yang penting kita tak nak orang jual lesen, itu satu hal. Kalau tempat ini sudah lama dikuasai orang tertentu, ini pun menimbulkan masalah," kata beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Sun Feb 10 2019
![Lokasi baharu bazar Ramadan Jalan Masjid India dekat dengan tapak lama Lokasi baharu bazar Ramadan Jalan Masjid India dekat dengan tapak lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549785577_KenduriRakyat.jpg)
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menghadiri Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak pada Ahad. - Foto Bernama
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid 20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037744_ZahidHamidi.jpg)
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
![DBKL kesan kontraktor tutup jalan tanpa kebenaran, langgar SOP DBKL kesan kontraktor tutup jalan tanpa kebenaran, langgar SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720952056_tbDBKL.jpg)
DBKL kesan kontraktor tutup jalan tanpa kebenaran, langgar SOP
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan pematuhan kerja korekan jalan awam sekitar ibu kota pada Sabtu.
![Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719647477_pusaturut.jpg)
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.
![DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703944302_DBKL.jpg)
DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
![Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701340935_TBmenterikesihata.jpg)
Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata penilaian itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain pemeriksaan berterusan akan dilakukan terhadap pokok-pokok berusia.
![DBKL sasar peningkatan 100 peratus pengekalan hutan, kawasan rekreasi di KL menjelang 2040 DBKL sasar peningkatan 100 peratus pengekalan hutan, kawasan rekreasi di KL menjelang 2040](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718980327_MenteridiJabatanP.jpg)
DBKL sasar peningkatan 100 peratus pengekalan hutan, kawasan rekreasi di KL menjelang 2040
Dr Zaliha berkata perkara itu selaras dengan amalan terbaik yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
![Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718932118_KLAliranTrafik.jpg)
Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.
![DBKL tutup premis pelacuran DBKL tutup premis pelacuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718356834_tbpremispelacuran.jpg)
DBKL tutup premis pelacuran
Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
![CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712306310_AhmadMaslan.jpg)
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
![Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707799686_drZalihaMustafa.jpg)
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.